Terdapat 1176 berita berdasarkan kata kunci carian " negeri"

Negeri Sembilan Bakal Miliki Auto City Pertama Di Nilai, GDV RM1 Bilion

NILAI, 23 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal mewujudkan hab automotif moden pertamanya menerusi projek pembangunan Auto City di Bandar Pintar Nilai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.3 Peratus Pada Ogos 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025 dengan mata indeks mencatat 134.9 berbanding 133.2 bagi tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pembayar Cukai Diseru Bersedia Awal Supaya Pelaksanaan e-Invois Berjalan Lancar

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Semua pembayar cukai digesa supaya tidak berlengah dan menunggu saat akhir untuk melaksanakan e-Invois, sebaliknya membuat persediaan awal bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mesyuarat ASEAN-USTR Peluang Bincang Bidang Baharu Kerjasama Ekonomi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pertemuan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) (AS), Jamieson Greer, esok, merupakan peluang penting bagi kedua-dua pihak untuk membincangkan bidang baharu kerjasama ekonomi. 

Kerajaan Komited Perkukuh Industri Semikonduktor Dalam Belanjawan 2026 - Amir Hamzah

BATU KAWAN, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa industri semikonduktor akan diberikan lebih perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober ini, sejajar dengan aspirasi di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Subsidi Bersasar RON95 Dijangka Kurangkan Defisit Fiskal, Tambah Baik Pengurusan Hutang Negara - Pakar Ekonomi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Rasionalisasi subsidi RON95 menunjukkan pencapaian penting dalam usaha pembaharuan struktur ekonomi Malaysia, dengan pengurangan perbelanjaan subsidi dijangka membantu mengurangkan defisit fiskal serta menambah baik kaedah pengurusan hutang kerajaan.

Pulau Pinang Sertai Ekspo Dunia 2025, Chow Ketuai Delegasi Ke Jepun

GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai delegasi agensi negeri utama ke Osaka, Kansai, Jepun bermula hari ini hingga 27 September untuk menganjurkan ‘Minggu Pulau Pinang’ di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia 2025.

Belanjawan 2026 Dijangka Tumpu Kepada Pelarasan Dasar -- CGS International

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober, mungkin memberi tumpuan kepada dasar pelarasan halus, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Pulau Pinang Raih RM1.85 Bilion Pelaburan Pembuatan Dari China Pada Separuh Pertama 2025

GEORGE TOWN, 19 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan dalam sektor pembuatan dari China yang diluluskan bernilai RM1.85 bilion untuk separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Central Spectrum, Halal International Selangor Jalin Kerjasama Bagi Hab Halal Global

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Central Spectrum (M) Sdn Bhd memeterai kerjasama strategik dengan Halal International Selangor (HIS) hari ini bagi membangunkan ‘The Magnet’ -- Selangor Global HIS Village.’

Kerajaan Kumpul Data Perhutanan Negeri Untuk Diserah Kepada FAO Tahun Depan – Johari

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang mengumpul data perhutanan daripada semua kerajaan negeri untuk diserahkan sebagai maklumat terkini kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada tahun depan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

Prospek Hartanah Malaysia Kekal Positif Pada Separuh Kedua 2025 - HLIB

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Prospek hartanah Malaysia kekal positif untuk separuh kedua 2025 (2H 2025) dengan peluang yang luas merentas pelbagai segmen, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).