Terdapat 485 berita berdasarkan kata kunci carian " bakat"

HORIBA Group Sasar Buka Kemudahan Pengeluaran Pertama Di Kedah Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pengeluar dari Jepun, HORIBA Group menyasarkan untuk membuka kemudahan pembuatan kawalan aliran jisim (MFC) di Kedah, sekali gus menjadikannya pangkalan pengeluaran produk ituyang pertama di Malaysia.

Yin’s Sourdough, Bakeri Adunan Kasih Anak Dan semangat Cekal

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pengalaman beralih daripada kerjaya menjaminkan dalam bidang jualan farmaseutikal selama sedekad kepada menguli doh di kedai kecil di Balik Pulau, Pulau Pinang, menjadikan perjalanan pengasas Yin’s Sourdough Bakery & Cafe sebagai bukti transformasi, matlamat serta kecekalan.

Oryx Stainless Buka Kemudahan Di Johor

JOHOR BAHRU, 9 Mei  (Bernama) – The Oryx Stainless Group (Oryx), salah satu pembekal bahan keluli tahan karat kitar semula terkemuka dari Belanda telah membuka kemudahan terbarunya di Johor.

Pulau Pinang Terus Menyinar Sebagai Hab Pembuatan Emas Malaysia

GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus berfungsi sebagai nadi sektor pembuatan emas Malaysia, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah output pengeluaran negara.

PKS Singapura Tunjuk Minat Ketara Terhadap JS-SEZ, Tinjau Peluang - Pesuruhjaya Tinggi

SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) -- Kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Singapura menunjukkan minat ketara terhadap Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk peluang beralih atau mengembangkan perniagaan di kawasan berkenaan.

Syarikat Jepun Minat Berkembang Dalam Pelbagai Sektor Di Malaysia

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Banyak syarikat Jepun sedang mencari peluang untuk berkembang dalam industri penyahkarbonan, penjagaan kesihatan, inovasi dan perkhidmatan di Malaysia.

MDV Perkasakan Inovasi Teknologi Malaysia Menerusi Pembiayaan Lebih RM13 Bilion

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) telah muncul sebagai pemboleh utama agenda inovasi dan transformasi digital negara dengan lebih RM13 bilion disalurkan kepada lebih 1,000 projek berimpak tinggi, dipacu teknologi.

Sustio Unit Simmtech Buka Kilang Operasi Kedua Di Pulau Pinang, Selesaikan Pengembangan Fasa Ke-2

KUALA LUMPUR, 30 April 30 (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal utama papan litar bercetak (PCB), Sustio Sdn Bhd, anak syarikat Simmtech Group menyiapkan pembesaran fasa 2 bernilai RM326 juta dengan pembukaan kilang operasi keduanya di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Mustakim Mohamad Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman.

JS-SEZ Bakal Jadi Pemangkin Pertumbuhan Pelaburan Dan Rantaian Bekalan Bersepadu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menjadi destinasi pelaburan dan pusat rantaian bekalan utama seterusnya di Asia menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ferrotec Buka Kemudahan Kedua Di Kulim Dengan Pelaburan RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ferrotec Holdings Corporation, sebuah syarikat pembekal global dalam bahan termaju, komponen dan penyelesaian sistem berketepatan tinggi melancarkan kemudahan pembuatan berteknologi tinggi yang kedua di Kulim, Kedah, dengan pelaburan hampir RM1 bilion (US$226 juta).

Malaysia Menuju Ekonomi Berasas Bio Hijau Dengan Kerjasama CCE-Oasis Xtract

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Malaysia berusaha ke arah ekonomi lestari dan dipacu inovasi dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) di antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd (CCE) dengan Oasis Xtract Sdn Bhd.