1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober, peningkatan 13.6 peratus berbanding 11,269 unit pada bulan sebelum itu, sekali gus meningkatkan jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 125,557 unit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada dagangan Selasa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih rendah, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), hari ini.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum pengukuhannya apabila dibuka meningkat pada Selasa ketika Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) lemah susulan pengumuman data gaji bukan perladangan negara maju itu, Jumaat lepas.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, namun terus disokong oleh ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives naik melebihi RM4,900 setiap tan untuk kontrak November dan Disember 2024, disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dan minyak soya, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, berikutan aliran menurun di pasaran hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup urus niaga Isnin menjelang jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan pemilihan presiden AS esok, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, menunjukkan sentimen positif di seluruh pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, ekoran dolar AS lemah dengan pasaran menunggu peristiwa penting minggu ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Maxis Bhd berhasrat menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memahami rasional keputusan berkaitan pengendali rangkaian 5G kedua negara yang diumumkan baru-baru ini.