BERITA TERKINI   PM Anwar umum tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk laksana program kenegaraan | PM Anwar seru rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan, fokus usaha majukan negara | Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 2026-2030 dilancar tahun ini, perkuat garis panduan penggunaan AI - Gobind | Lapan hakim Mahkamah Rayuan dan 14 hakim Mahkamah Tinggi yang baru dilantik akan angkat sumpah 28 Julai ini - PM Anwar | Kerajaan lancar Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035 sebagai panduan pacu pembangunan komuniti Bumiputera Pulau Pinang - PM Anwar | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada dagangan Selasa.

Pada 9.29 pagi ini, November 2024 susut 4.0 mata kepada 1,619.0, Disember 2024 turun 2.5 mata kepada 1,621.5, Mac 2025 menguncup 3.5 mata kepada 1,610.0 dan Jun 2025 tidak berubah pada 1,613.5.

Jumlah dagangan sebanyak 802 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,006 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI susut 0.52 mata kepada 1,615.91 selepas 51 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA