Terdapat 3661 berita berdasarkan kata kunci carian "bank"

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi, FBM KLCI Turun 0.21 Peratus

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah, menjejaki prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$118.35 Bilion Pada Akhir November 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion (US$1=RM4.45), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$255.72 juta pada akhir November 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa namun, berubah arah mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street.

Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata penganalisis.

MFPC Gesa Pemegang Polisi Kekalkan Perlindungan Dalam Keadaan Pelarasan Premium MHIT

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Momentum Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kenanga IB Unjur TIV Meningkat Kepada 805,000 Unit Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit untuk industri automotif pada 2025, meningkat daripada anggaran 800,000 unit pada 2024.

Negara ASEAN Boleh Contohi Malaysia Masukkan Kemampanan Dalam Perjanjian Perdagangan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN boleh mencontohi langkah Malaysia untuk memperbaharui beberapa perjanjian perdagangan dua hala dengan negara rakan bagi meliputi elemen kemampanan dan dinamik perubahan landskap pelaburan global.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran aktiviti memperelokkan akaun.

Siri CEO 2025 Institut REHDA Bincang Kaedah Pacu Daya Tahan Ekonomi, Pembangunan Mampan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Lebih 350 pemimpin kerajaan dan industri dijangka menghadiri persidangan Siri CEO 2025 anjuran Institut Rehda bulan depan bagi membincangkan trend hartanah global dan strategi yang boleh dilaksanakan untuk memacu daya tahan ekonomi Malaysia dan pembangunan mampan.

Kos Elektrik, Inisiatif Tenaga Hijau Dorong Penerimagunaan Solar Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025,  kata Kenanga Investment Bank Bhd.