BERITA TERKINI    ASEAN ulangi komitmen perkukuh kerjasama ASEAN Campur Tiga sebagai pemangkin kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Timur - Mohamad Hasan | KUSKOP yakin penurunan kadar OPR beri kesan positif kepada PMKS - Ewon | Kemalangan helikopter di Johor : Polis tumpu cari kotak hitam, kenal pasti punca insiden - KPN | Institusi koperasi instrumen penting bantu tingkat taraf hidup rakyat khususnya B40, usahawan mikro dan komuniti setempat - PM Anwar | Kemalangan helikopter: Dua daripada lima anggota polis terlibat kritikal, tiga stabil - KPN | ASEAN ulangi komitmen perkukuh kerjasama ASEAN Campur Tiga sebagai pemangkin kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Timur - Mohamad Hasan | KUSKOP yakin penurunan kadar OPR beri kesan positif kepada PMKS - Ewon | Kemalangan helikopter di Johor : Polis tumpu cari kotak hitam, kenal pasti punca insiden - KPN | Institusi koperasi instrumen penting bantu tingkat taraf hidup rakyat khususnya B40, usahawan mikro dan komuniti setempat - PM Anwar | Kemalangan helikopter: Dua daripada lima anggota polis terlibat kritikal, tiga stabil - KPN |

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi, FBM KLCI Turun 0.21 Peratus

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah, menjejaki prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.40 mata atau 0.21 peratus kepada 1,634.28 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,638.43 dan bergerak antara 1,632.85 hingga 1,638.43 sepanjang dagangan pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 494 berbanding 325, manakala 490 kaunter kekal tidak berubah, 1,080 kaunter tidak diniagakan, dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.33 bilion unit bernilai RM822.07 juta.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB menambah satu sen kepada RM8.16, IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM7.25, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM5.15, manakala Hong Leong Bank dan Press Metal masing-masing tidak berubah pada RM20.42 dan RM4.89.

Maybank susut empat sen kepada RM10.20, Public Bank kurang satu sen kepada RM4.53, dan TNB susut enam sen kepada RM14.78.

Bagi saham aktif, Velocity Capital naik setengah sen kepada 4.5 sen, Harvest Miracle menokok 1.5 sen kepada 15.5 sen, dan Microlink menambah 2.5 sen kepada 24 sen.

Kinergy Advancement kekal mendatar pada 34.5 sen, sementara MUI Properties susut enam sen kepada 37.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 22.75 mata kepada 12,535.17, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 26.24 mata kepada 12,552.60, dan Indeks FBMT 100 kurang 22.27 mata kepada 12,214.91.

Indeks FBM 70 susut 22.83 mata kepada 18,796.40, manakala Indeks FBM ACE turun 13.05 mata kepada 5,332.82.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 17.20 mata kepada 7,636.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.13 mata kepada 176.12. Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.25 mata kepada 19,085.66, dan Indeks Tenaga turun 0.06 mata kepada 824.48.

-- BERNAMA