1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) melihat Belanjawan 2025 sebagai pengembangan sederhana, kerajaan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan penyatuan fiskal.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri minyak sawit Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, dilihat daripada harga dan pengeluaran yang lebih tinggi serta peningkatan hasil yang ketara.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Peruntukan terbesar dalam sejarah sebanyak RM421 bilion menerusi Belanjawan 2025 merupakan terjemahan hasil tatakelola yang baik, disiplin fiskal berhemat dan pertumbuhan ekonomi negara yang cepat, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 yang menekankan infrastruktur berpaksikan rakyat dan kemampanan adalah sejajar dengan trend hartanah global seperti amalan bangunan hijau dan pembangunan berorientasikan transit, kata Knight Frank Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas memaparkan komitmen berterusan kerajaan terhadap aspek tanggungjawab fiskal dan pertumbuhan seimbang.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka naik pada minggu depan, didorong oleh jangkaan persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan di peringkat global, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan ke arah positif minggu depan berdasarkan jangkaan pertumbuhan pengeluaran yang lebih rendah dan kadar eksport yang lebih kukuh.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh dalam jajaran kecil antara 1,655 hingga 1,665 ketika pelabur mencerna Belanjawan Malaysia 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan, walaupun ia mungkin menghadapi tekanan menurun berikutan prospek optimis semasa terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus untuk 2025 adalah munasabah, kata ahli ekonomi kanan ASEAN OCBC Malaysia, Lavanya Venkateswaran.