BERITA TERKINI   CelcomDigi secara rasmi lantik Albern Murty sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa hari ini | Axiata Group Bhd lantik Nik Rizal Kamil Nik Ibrahim Kamil bagi menggantikan Vivek Sood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan, berkuat kuasa 1 Jun, 2026. | 16 jenis barangan dikawal harga, empat barangan ditambah dalam senarai bagi Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan | Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina ditetapkan selama sembilan hari dari 13 hingga 21 Februari - Armizan | Dua sindiket jenayah terancang di Johor tumpas, libatkan kerugian lebih RM4 juta - KPN | 

Terdapat 1662 berita berdasarkan kata kunci carian "art"

KWSP Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan Hampir RM64 Bilion Bagi Tempoh Sembilan Bulan 2025

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM57.57 bilion dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Pengeluar Keretapi China Puji Industri Kimpalan Di Malaysia

Daripada Rohani Mohd Ibrahim

PANZHIHUA (Sichuan, China), 17 Nov (Bernama) -- Pengeluar produk kereta api China memuji piawaian tinggi industri kimpalan di Malaysia dan berkata tahap kepakaran tersebut menghapuskan keperluan syarikat untuk menggunakan pasukan teknikalnya semasa mengeksport relnya ke Malaysia.

Ribuan Pekerjaan Barangkali Diselamatkan Melalui ART Malaysia-AS

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Ribuan pekerjaan di Malaysia mungkin dapat diselamatkan melalui Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

China Gesa ASEAN Tumpu Sektor Pembuatan Bagi Tingkat Daya Saing Di Peringkat Global

BEIJING, 15 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu memberi lebih perhatian kepada industri pembuatan bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran global, kata Pengarah Seksyen Penyelidikan dan Pengajaran Ekonomi Perindustrian China, Xu Jie. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM3.23 Bilion

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Petronas Lantik Maimunah Mohd Sharif Penasihat Hartanah, Berkuat Kuasa 17 Nov 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi, Disokong Saham Perbankan, Pengguna

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami sesi dagangan yang tidak menentu namun ditutup sedikit tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam, apabila disokong saham perbankan dan pengguna.

Simpanan Patuh Syariah KWSP Bersihkan Pendapatan, Dividen Kekal Kompetitif

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Simpanan patuh syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja membersihkan pendapatan, malah memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan tidak merugikan pencarum. 

Keputusan Mahkamah AS Akan Tentukan Langkah Malaysia Selanjutnya - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengenai kesahan tarif Presiden AS Donald Trump akan menentukan langkah Malaysia yang seterusnya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tarif AS Tidak Jejas Kos Input Ladang Sawit Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak memberi kesan kepada kos input ladang sawit di Malaysia.

JS-SEZ : Malaysia, Singapura Dan Indonesia Mulakan Perbincangan Kerjasama Tiga Hala - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia, Singapura dan Indonesia telah memulakan perbincangan kerjasama tiga hala berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.