8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).
8bulan ago
LABUAN, 21 Mei (Bernama) -- PinC Technology Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bekerjasama melancarkan inisiatif bersama untuk menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan selama empat bulan yang melibatkan industri marin.
8bulan ago
LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Airbus Defence and Space (Airbus) telah memeterai kontrak dengan Kementerian Pertahanan (Kementah) untuk melanjutkan akses Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke perkhidmatan satelit X-band milik kumpulan itu, mencerminkan sokongannya kepada infrastruktur komunikasi pertahanan Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan empat prosiding tindakan susulan termasuk berkaitan pengurusan pelaksanaan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bermula esok.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), yang mencetuskan semula kebimbangan terhadap kredibiliti fiskal Washington.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (BERNAMA) -- Peneraju air mineral beroksigen tempatan, Bubbles O2 Sdn Bhd merancang untuk menembusi pasaran rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta ASEAN, dikenal pasti mempunyai jurang signifikan dalam penawaran produk halal.
8bulan ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sambutan mesra yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Presiden Vladimir Putin semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia jelas menunjukkan komitmen tinggi antara kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini apabila pelabur beralih kepada aset selamat walaupun Bursa Komoditi New York (COMEX) mengalami penurunan, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) menjangkakan sekurang-kurangnya dua penurunan Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) pada September dan Disember tahun ini berbanding kes asas sebelumnya iaitu tiga kali penurunan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) terus memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan China, bukan hanya memupuk perkongsian perniagaan yang kukuh, tetapi juga dalam memajukan pelancongan, teknologi dan diplomasi budaya.
8bulan ago
Daripada Muhammad Muzammil Abdullah
JEJU, 15 Mei (Bernama) -- Negara-negara ASEAN dan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu meneruskan usaha penyelarasan inisiatif pendigitalan untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan transaksi antara kedua-dua rantau itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC.