BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 3262 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

Batik Air Tambah Penerbangan Terus Dari Pulau Pinang Ke Singapura, Medan

GEORGE TOWN, 8 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperluas rangkaiannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi pelancaran laluan baharu ke Singapura dan Kualanamu, Medan, sekali gus memperteguh peranan Pulau Pinang sebagai laluan masuk utara dan mengukuhkan kesalinghubungan serantau.

Pengimport Buah Boleh Mohon Pengecualian SST — MITI

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakan dagang atau pengimport berhak untuk memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Sentimen Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini.

MED4IRN Setuju Tubuh Unit Transformasi Digital Di Setiap Kementerian - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) hari ini bersetuju menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian serta mempercepat pendaftaran MyDigital ID, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Batik Air Perkenal Laluan Ipoh-Singapura Mulai Hari Ini

IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air memperluas laluan domestik apabila melancarkan perkhidmatan bagi laluan Ipoh-Singapura mulai hari ini.

Syarikat ASEAN Perlu Hala Tuju, Strategi Jelas Manfaatkan Penggunaan AI - AWS

LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Syarikat-syarikat di ASEAN, termasuk Malaysia, perlu memberi tumpuan kepada matlamat perniagaan yang jelas, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan kepimpinan yang kukuh untuk memaksimumkan manfaat daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan.

Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia Tingkat Daya Saing Malaysia Di Pasaran Halal US$5 Trilion

KOTA TINGGI, 8 Dis (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia dalam ekosistem halal global terus diperkukuh melalui Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2024 (WHEA 2024), sekali gus meningkatkan lagi daya saing negara dalam pasaran halal global yang berkembang pesat dan diunjurkan mencecah US$5 trilion (US$1 = RM4.10) menjelang 2030.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan pagi ini, diasak aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat penutupan lebih positif pada Jumaat lepas.

Pelabur Asing Kembali Ke Bursa Malaysia, Catat Belian RM11.6 Juta Minggu Lepas - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri jualan bersih selama dua minggu berturut-turut di Bursa Malaysia apabila kembali semula sebagai pembeli bersih dengan pembelian bernilai RM11.6 juta.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.

2025: Kerugian Segmen Motor, Risiko Iklim, Peralihan Digital Bentuk Landskap Insurans Am

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Sektor insurans am Malaysia mengakhiri 2025 dengan daya tahan yang kukuh namun masih mempunyai kelemahan asas.

Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) --  Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar -- paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global.