BERITA TERKINI   Pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat kemalangan akan digantung lesen PSV atau GDL sehingga selesai siasatan - KP JPJ | Institusi pondok perlu berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri bagi dapatkan bantuan daripada kerajaan - Mohd Na'im | Tauliah penceramah yang lakukan kesalahan termasuk libatkan akhlak dan moral boleh ditarik semula - Mohd Na'im | 

Terdapat 321 berita berdasarkan kata kunci carian " jawatankuasa"

Malaysia, Ukraine Bincang Sektor-sektor Utama Dalam Mesyuarat Pertama JTC

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ukraine membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala apabila membincangkan sektor-sektor utama seperti pertanian, aeroangkasa, minyak sawit mampan, peranti perubatan dan pelancongan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Malaysia-Ukraine hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.

IATA Tawar Mata Wang Digital Dalam Sistem Penyelesaian Kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.

Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Malaysia Perlu Siap Siaga, Ada Semua Penampan Hadapi Perubahan Persekitaran Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

MATRADE-HDC: MITI Tubuh Jawatankuasa Pro Tem Selaras Sumber Dan Rangka Kerja Operasi

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membentuk Jawatankuasa Pro Tem untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi bagi menyokong penggabungan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).

Malaysia Jadi Penghubung BRICS Dan ASEAN Bagi Pacu Kerjasama

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.

Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkan prestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.

Kementerian Digital Cadang Penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital Dan Keselamatan Data

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data (SKDKD) pada separuh pertama 2025.

Sarawak Lancar ENBASE Rancakkan Sektor Keusahawanan

KUCHING, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan sistem pangkalan data usahawan Sarawak yang juga dikenali sebagai ENBASE bagi merancakkan sektor keusahawanan di negeri ini. 

MAHB Tubuh Pasukan Selia Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menubuhkan pasukan untuk menyelia Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) yang merangkumi tiga pakej utama dan dijadualkan siap menjelang 2028.