BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-14 JDT | Liga Super: Kuala Lumpur City FC 2-2 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 3624 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

IPO : Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE, ES Sunlogy Sasar Kumpul RM42 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, menyasarkan untuk mengumpulkan sejumlah RM42 juta menerusi langkah tawaran awam permulaannya (IPO).

Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2024 Bursa Malaysia Meningkat Kepada RM310.12 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pengukuhan pasaran sekuriti dan derivatif serta prestasi perniagaan data.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama dan cuti Tahun Baru Cina.

Institusi Tempatan Sokong Bursa Malaysia Untuk Minggu Ke-14

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan sokongan mereka kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-14 berturut-turut, mencatatkan belian bersih sebanyak RM551.6 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan dalam julat kecil berikutan tempoh dagangan singkat susulan cuti umum sempena perayaan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lengang Minggu Depan Berikutan Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan lengang minggu depan berikutan perayaan Tahun Baharu Cina, menurut peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melepasi US$2,800 Setiap Auns Troy Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dengan harga dijangka melepasi paras US$2,800 setiap auns troy susulan kelemahan dalam dolar US, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang pertama bagi 2025 pada 28 dan 29 Januari.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh jangkaan pengeluaran yang lemah dalam beberapa minggu akan datang sejajar dengan trend bermusim, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat didorong penurunan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden AS Donald Trump menyarankan pengurangan kadar faedah.