1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal di atas trend pada 4.5 peratus, dipacu terutamanya oleh pelaburan dan penggunaan yang kukuh, kata UBS Investment Bank Global Research.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit terus menyusut daripada dolar AS ketika ditutup hari ini berikutan laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 dijangka kekal kukuh pada 4.9 peratus, menurut Malayan Banking Bhd (Maybank).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pengisian jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan yang baharu masih berjalan selepas Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini susulan siasatan dalaman, kata Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding RM9.35 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Rabu, didorong oleh sentimen yang lebih baik dan pembelian saham wajaran tinggi terpilih.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatatkan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM378.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, melonjak sembilan peratus berbanding RM347.1 juta pada 2023.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam persekitaran ketidaktentuan apabila peniaga meneliti laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan kesan dasar Presiden AS Donald Trump terhadap ekonomi AS, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini selepas laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) merosot daripada jangkaan menjejaskan dolar US, mengukuhkan naratif bahawa pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat harus diteruskan tahun ini.