Terdapat 564 berita berdasarkan kata kunci carian "sarawak"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung 

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada peningkatan semalam apabila ditutup rendah pada hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini yang juga seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.

ICW Borneo 2025 Rintis Masa Depan Pembinaan ASEAN

KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 dilancarkan secara rasmi hari ini di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, menandakan pencapaian utama Malaysia Timur dan rantau ASEAN ketika Malaysia bakal memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN.

Abang Johari Puji Peranan Rimbunan Hijau Group Bangunkan Sarawak

SIBU, 13 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji sumbangan berterusan Rimbunan Hijau Group (RH Group) kepada ekonomi negeri dan negara serta penjajaran kukuhnya dengan wawasan Sarawak untuk pertumbuhan mampan dan inklusif.

ICW Borneo 2025 Buka Lembaran Baharu Dalam Kecemerlangan Pembinaan

KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025, yang bermula hari ini membuka satu lembaran baharu dalam mempamerkan kecemerlangan industri dan menghimpunkan pemain-pemain utama untuk meneroka idea dan teknologi baharu.

Putrajaya, Sarawak Sepakat Selesai Isu Petronas–Petros Secara Rundingan - PMO

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Putrajaya dan Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) secara rundingan.

Sektor Pembinaan Malaysia Melonjak 16.6 Peratus Pada Suku Pertama 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia pada suku pertama 2025 mencatatkan pertumbuhan nilai kerja pembinaan sebanyak 16.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai berjumlah RM42.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pasir Meningkat Sehingga 3.8 Peratus Pada April - DOSM

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Indeks harga pasir mencatatkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada April 2025 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketegangan Geopolitik Dijangka Jejas Prestasi Berjaya Food Dalam Masa Terdekat-- HLIB

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (Berjaya Food) dijangka terus tertekan dengan ketegangan geopolitik, sekali gus akan menjejaskan prestasinya dalam tempoh terdekat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

AIROD, Satys Jalin Usaha Sama Pertingkat Keupayaan Sektor MRO Pesawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- AIROD Sdn Bhd, syarikat kejuruteraan aeroangkasa terkemuka Malaysia memeterai perjanjian usaha sama dengan Satys Aircraft Painting untuk meningkatkan keupayaan sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Malaysia, terutama dalam bidang kemasan luaran dan pengecatan pesawat.

MPOGCF, SOP Meterai MoU Pulihara Sawit Dan Biodiversiti Mampan

MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor  sawit Malaysia.

Metro Glide Muncul Kontraktor Tempatan Berpengaruh Menangi Pelbagai Anugerah

 KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.

Fibromat Buat Penampilan Sulung Kurang Berprestasi Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd membuat penampilan sulung yang kurang berprestasi di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah dari Pasaran LEAP.