Terdapat 662 berita berdasarkan kata kunci carian " yakin"

Malaysia Melonjak 11 Anak Tangga Dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) --Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 ke kedudukan ke-23, yang merupakan pencapaian terbaik negara sejak 2020, sekali gus mencerminkan momentum progresif dalam agenda pemulihan dan pembaharuan ekonomi negara.

CIMB Lantik Bekas Pengerusi SC Syed Zaid Sebagai Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai pengerusi kumpulan berkuat kuasa 20 Julai 2025.

MARii, Petronas Bekerjasama Majukan Inovasi Automotif Dengan Teknologi AI

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalin kerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) bagi merevolusikan penyelenggaraan kenderaan melalui teknologi termaju.

ASEAN Berpotensi Jadi Ekonomi Keempat Terbesar Dunia Menjelang 2030 Dengan Pertumbuhan Mampan

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- ASEAN berpotensi menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 jika rantau ini mengekalkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil pada 4.0 hingga 5.0 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Peluasan SST Ke Atas Buah-buahan Import Lonjak Industri Nanas Tempatan

JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yakin semakan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini bakal memberi kesan positif yang ketara terhadap pertumbuhan industri nanas negara. 

Maybank IB: Cukai Jualan Barangan Keperluan Sifar Peratus Dijangka "Neutral" Kepada Sektor Pengguna

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 0.46 peratus, didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi dan mengikut jejak Wall Street yang secara umumnya ditutup tinggi.

Capital A Di Peringkat Akhir Keluar Daripada Status PN17- Tony Fernandes

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pelan penyusunan semula Capital A Bhd untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) kini berada di peringkat akhir dengan 15 hingga 20 peratus masih belum selesai yang dijangka siap selewat-lewatnya akhir Julai 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.

Projek Rel Selangor Ubah Negeri Jadi Hab Kuasa Penerbangan Dan Logistik -- Amirudin

SEPANG, 5 Jun (Bernama) -- Cadangan projek Jajaran Rel Selangor merupakan pautan sistem perhubungan penting yang berupaya membuka potensi sepenuhnya Selangor Aero Park (SAP) yang baru dilancarkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian semasa harga rendah yang sederhana dalam keadaan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Allianz Life, HSBC Lancar EliteDiamond Bantu Keperluan Perancangan Warisan

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd dan HSBC Bank Malaysia Bhd mengukuhkan perkongsian melalui pelancaran EliteDiamond HSBC, pelan berkaitan pelaburan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perancangan warisan dalam kalangan individu berpendapatan tinggi.

Mata Wang ASEAN Dijangka Meningkat Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Mata wang ASEAN dijangka terus meningkat tahun ini apabila pelabur global bertindak menjauhi daripada pendedahan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) hari ini.