BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu FC 1-1 Selangor FC | 

Terdapat 412 berita berdasarkan kata kunci carian " pendirian"

Ringgit Meningkat Susulan Dolar AS Susut Disebabkan Bimbang Mengenai Tarif

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan mata wang tersebut rendah selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China, kata penganalisis.

MITI Sedang Tentukan Sama Ada Undang-undang Malaysia Dilanggar Dalam Isu Penghantaran Cip AI

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menentukan sama ada undang-undang Malaysia dilanggar berhubung dakwaan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) yang disekat oleh Amerika Syarikat (AS) dari Singapura ke Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

IMF Jangka Pertumbuhan Malaysia Berkembang Pada 4.7 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

MITI Galak Industri Solar Tempatan Teroka Pasaran Alternatif

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pemain industri solar tempatan digalakkan untuk meneroka pasaran alternatif khususnya dalam ASEAN bagi mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ringgit Dijangka RM4.45-RM4.47 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Setimen pasaran yang kekal berhati-hati mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka terus mempengaruhi ringgit untuk diniagakan dalam julat RM4.45 hingga RM4.47 berbanding dolar AS minggu depan.

Untung Bersih Suku Ketiga Alliance Bank Naik Kepada RM186.67 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2024 (S3 TK2025) meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM186.67 juta daripada RM176.86 juta pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

Ringgit Terus Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit terus menyusut daripada dolar AS ketika ditutup hari ini berikutan laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan.

Dividen KWSP Diunjur Dalam Julat 6.0-6.2 Peratus - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Petronas Terima Penghantaran Pertama LNG Dari Kanada Julai Ini

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan pengantaran pertama gas asli cecair (LNG) daripada usaha sama mereka, LNG Canada dijangka tiba Julai ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40 berikutan peniaga dan pelabur memantau langkah seterusnya berhubung tarif Amerika Syarikat (AS).