1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengemukakan dua cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
1tahun ago
IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) hari ini memeterai perjanjian usaha sama dengan pengeluar produk gelatin halal terkemuka dunia, Leiner Gelatine Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya memetakan sekitar 70 peratus pekebun kecil bebas sebagai sebahagian daripada projeknya untuk mencartakan kawasan ladang kelapa sawit di seluruh negara.