BERITA TERKINI   Laporan akhir siasatan kemalangan maut bas membawa pelajar UPSI diluluskan Jemaah Menteri, akan didedahkan kepada umum mulai 3 petang hari ini - MOT | DBKL bersama KKM, KPDN akan buat pemeriksaan di bazar Ramadan setiap hari demi jaga kualiti dan harga makanan - Hannah | Kadar sewa tapak bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL diturunkan daripada RM500 kepada RM400 - Hannah | Jemaah Menteri larang tindakan jadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste - PM Anwar | Kerajaan MADANI beri laluan penuh kepada pihak berkuasa banteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa - PM Anwar | 

Terdapat 275 berita berdasarkan kata kunci carian " keyakinan pelabur"

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2024

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) - Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah aliran meningkat serantau yang mendapat rangsangan daripada aktiviti membeli saham pada harga rendah terutamanya dalam kaunter komoditi dan barangan pengguna.  

Kerajaan MADANI Pulihkan Keyakinan Pelabur Melalui Usaha Basmi Rasuah - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Komitmen kerajaan MADANI untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu.

Naratif Kukuh Kerajaan Dorong Ringgit Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Dunia - Rafizi

SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Langkah mengguna pakai naratif bersesuaian dan keberanian melaksanakan beberapa keputusan yang sukar telah menyumbang kepada peningkatan ringgit untuk muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dunia berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ekonomi Negara Berkembang Baik Disokong Pengukuhan Ringgit - Amir Hamzah

LANGKAWI, 28 Sept (Bernama) -- Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

MAPIM Seru Sokongan Rentas Politik Pulih, Lonjak Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, didorong sentimen keyakinan berikutan langkah penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Sertai Enam Negara Ratifikasi Penyertaan UK Dalam CPTPP

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia secara rasmi meratifikasi penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), sekali gus menandakan perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama negara ini dengan UK.

Kemudi MIDA Redah Cabaran, Sulaiman Mahbob Tinggal Legasi Dalam Landskap Pelaburan Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.

Kadar Faedah AS Turun, Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian ketara selepas pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas yang memacu sentimen pasaran serantau.

MIDA Bekerjasama Dengan MIER Kukuhkan Iklim Pelaburan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mewujudkan kerjasama strategik bagi meningkatkan iklim ekonomi dan pelaburan Malaysia melalui penyelidikan, analisis dan kerjasama yang dipacu oleh data.