1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam sejajar dengan prestasi bursa serantau lain apabila kebimbangan terhadap ketegangan di Timur Tengah telah mencetuskan aktiviti jualan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) telah mendapat kelulusan pemegang saham untuk mengambil alih Pusat Membeli Belah DPulze di Cyberjaya pada harga RM320 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Industri teknologi perubatan (medtech) Malaysia menyaksikan pertumbuhan yang mengagumkan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam landskap teknologi perubatan global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Aktiviti pengeluaran Malaysia akan terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang meskipun terdapat kebimbangan aktiviti kilang yang lebih perlahan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), akan membekalkan gas kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk penjanaan kuasa di Sabah dan Labuan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu sejajar dengan sentimen lemah di bursa serantau berikutan kebimbangan yang timbul terhadap ketegangan geopolitik Timur Tengah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Momentum ekonomi Malaysia yang positif dijangka kekal dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila Indeks Pelopor (IP) naik kepada 5.2 peratus tahun ke tahun pada Julai 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kemelesetan ekonomi yang lebih perlahan dan pemotongan kadar faedah boleh mewujudkan keadaan yang menggalakkan untuk melabur dalam sekuriti pilihan, terutamanya dalam utiliti elektrik serta bank serantau, menurut Manulife Investment Management (M) Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Loji Janakuasa Prai milik Malakoff Corporation Bhd menjadi lambang kepada kecemerlangan dan inovasi dalam sektor tenaga Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- PwC Malaysia percaya kajian semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana dalam Belanjawan 2025 akan menjadi langkah yang dialu-alukan berikutan dengan kebimbangan meningkatnya kos sara hidup rakyat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.