BERITA TERKINI   Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | 

Ekonomi Lemah, Potongan Kadar Mampu Tingkat Pilihan Sekuriti Dalam Utiliti, Bank Serantau - Manulife

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kemelesetan ekonomi yang lebih perlahan dan pemotongan kadar faedah boleh mewujudkan keadaan yang menggalakkan untuk melabur dalam sekuriti pilihan, terutamanya dalam utiliti elektrik serta bank serantau, menurut Manulife Investment Management (M) Bhd.

Pengurus Portfolio, Joseph Bozoyan berkata Manulife optimis mengenai kedua-dua sektor itu, sambil memetik tahap tinggi terbitan baharu dalam pasaran utiliti elektrik, disokong oleh kejatuhan kadar.

“Bank serantau menunjukkan penilaian relatif yang kukuh apabila mereka berdagang pada diskaun yang lebih tinggi berbanding rakan setara, berikutan isu perbankan serantau Amerika Syarikat pada awal 2023, yang telah memberi kesan pada kelas aset,” katanya dalam satu nota.

Bozoyan berkata Manulife mengekalkan pandangan positif terhadap kelas aset yang menawarkan peluang unik untuk pelabur berpendapatan tetap yang mencari pulangan menarik.

“Kami mengekalkan pandangan yang seimbang terhadap prestasi merentas kelas aset kredit global. Kami melihat peluang untuk melabur lebih rendah dalam struktur modal perniagaan berkualiti tinggi bagi mencapai penjanaan pendapatan yang kompetitif.

"Fleksibiliti untuk memilih sekuriti daripada persekitaran kredit yang luas, selain peruntukan merentas sektor pendapatan tetap serta naik dan turun spektrum kredit, seharusnya membantu menavigasi landskap ekonomi yang berpotensi lebih lemah,” katanya.

Bozoyan juga percaya terdapat peluang menarik dalam sektor tebaran dan kredit untuk menjana pendapatan, dengan potensi pemampatan tebaran dan risiko terhad kemerosotan modal kekal.

“Walaupun Rizab Persekutuan telah mengurangkan beberapa ketidakpastian di sekitar pemotongan kadar faedah pertamanya, pergerakan masa depan akan bergantung kepada data ekonomi. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, keputusan ekonomi bersifat bercampur-campur, dengan kelemahan dalam bidang seperti pasaran buruh dan kekuatan di tempat lain,” tambahnya.

-- BERNAMA