Terdapat 3313 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis apabila kelewatan pelaksanaan program biodiesel B40 Indonesia telah mencetuskan ketidakpastian dalam pasaran, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Permintaan Berterusan Terhadap Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama tahun ini susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS susulan kebimbangan mengenai kemungkinan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah pada 2025.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada hari urusniaga pertama tahun ini.

KPK Gesa Henti Import, Jual Produk Dengan Label Diskriminasi Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa pihak yang terlibat untuk menghentikan sepenuhnya sebarang bentuk pengimportan dan penjualan produk yang mempunyai pelabelan bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit (DLAPO).  

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang rendah pada Disember dan prestasi Wall Street yang lemah. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan rendah semasa awal urus niaga hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari pertama dagangan 2025, menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan 2024 dengan lebih rendah pada Selasa.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada hari dagangan terakhir bagi 2024.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Permintaan Terhadap Dolar AS Meningkat

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir 2024 berikutan permintaan yang meningkat terhadap mata wang selamat itu dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global yang berlarutan.