Terdapat 3163 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Semico Capital Meterai Perjanjian Taja Jamin Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semico Capital Bhd memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Tegur FSBM Kerana Kemukakan Keputusan Suku Tahun Tidak Tepat

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap FSBM Holdings Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama selepas syarikat itu mengemukakan keputusan kewangan yang tidak tepat untuk suku ketiga dan keempat tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Indeks Petunjuk Pasaran Bursa Malaysia Naik Untuk Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan terdahulu untuk ditutup lebih tinggi sedikit pada Isnin, menjejaki pergerakan positif di kebanyakan pasaran serantau di tengah-tengah optimis baharu terhadap potensi pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS). 

FBM KLCI Akan Capai Paras 1,700 Pada Akhir Tahun Jika Sektor Perbankan Positif - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd percaya FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih boleh mencapai paras 1,700 pada akhir tahun ini, jika terdapat pergerakan harga yang positif dalam sektor perbankan dan kaunter tertentu.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini dengan lebih rendah susulan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus berwaspada terhadap risiko luar.

Aliran Keluar Dana Asing Di Pasaran Asia Cecah US$6.73 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia bagi minggu berakhir 21 November 2025 dengan aliran keluar dana asing berjumlah US$6.73 bilion atau meningkat kira-kira 1.9 kali berbanding minggu sebelumnya.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu dengan kecenderungan menurun di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu di pasaran global, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lemah Minggu Hadapan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih rendah pada minggu hadapan, dengan para peniaga melihat penyatuan dalam jajaran US$4,015 hingga US$4,075 setiap auns troy.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, berikutan jangkaan bahawa pengeluaran minyak sawit akan meningkat, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar minggu depan.