BERITA TERKINI   Sultan Selangor zahir kebimbangan pencemaran berlarutan di Kuala Langat akibat aktiviti penternakan babi - Istana Alam Shah | Sultan Selangor dukacita, tidak setuju kerajaan negeri benar operasi ternakan babi di Tanjong Sepat sebelum pindah ke Bukit Tagar - Istana Alam Shah | Peruntukan tambahan RM5 juta bagi pengurusan, penyelenggaraan Zoo Negara - PM Anwar | PRK: Pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Warisan di DUN Lamag - SPR | PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Kinabatangan babit calon BN, Bebas, Warisan - SPR | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.17 pagi, November 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,625.0, Disember 2025 dan Mac 2026, masing-masing naik 7.5 mata kepada 1,626.0 dan 1,608.5 serta Jun 2026 menambah 4.0 mata kepada 1,611.5.

Jumlah dagangan sebanyak 871 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,104 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 0.98 mata kepada 1,618.55 selepas 35 minit dagangan daripada 1,617.57 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA