Terdapat 3408 berita berdasarkan kata kunci carian "ase"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau, Wall Street

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah hari ini, seiring sentimen serantau yang suram selain kelemahan Wall Street.

Pembayaran Dividen, Pulangan Atas Sekuriti Tinggi Pacu Sektor Perbankan

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Peningkatan pembayaran dividen serta penambahbaikan pulangan ke atas ekuiti (ROE) dijangka menjadi pemacu utama sektor perbankan menjelang 2026, kata  CIMB Securities Sdn Bhd.

Sektor Teknologi Malaysia Terus Melonjak Susulan Ledakan AI, Pusat Data Pada 2025

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Sektor teknologi Malaysia terus mengekalkan momentum kukuh pada 2025, dipacu oleh kemajuan pesat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) serta ledakan pelaburan pusat data, di tengah persaingan strategik yang semakin sengit antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini dan dijangka mengekalkan dagangan dalam jajaran kecil seiring dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memulakan mesyuarat dua harinya bermula hari ini.

Industri Halal Catat RM118.2 Bilion Sehingga Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025. 

Ringgit Stabil Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Fed Esok

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS semasa ditutup pada Isnin berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari bermula esok di Amerika Syarikat.

Sentimen Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini.

Negara OIC Perlu Perkukuh Libat Urus Untuk Rangsang Perdagangan Intra-OIC - Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara Islam lain perlu memperkukuh penyelarasan dan keterlibatan untuk mendorong perdagangan antara negara OIC, kata bekas Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

IOI Properties Lancar Taman Perindustrian Banting Dengan GDV RM1.8 Bilion

‎KUALA LANGAT, 8 Dis (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) hari ini telah melancarkan Taman Perindustrian IOI@Banting yang berkeluasan 130.31 hektar (322-ekar), mencerminkan kemajuan dalam memacu strategi segmen perindustriannya.

ASEAN Perlu Perkukuh Keselamatan Siber Seiring Penerimagunaan Digital - AWS

LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- Kalangan negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia memerlukan perlindungan siber lebih kukuh seiring usaha mempercepat penerimagunaan dan pelaksanaan digital, kata Amazon Web Services (AWS).

Syarikat ASEAN Perlu Hala Tuju, Strategi Jelas Manfaatkan Penggunaan AI - AWS

LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Syarikat-syarikat di ASEAN, termasuk Malaysia, perlu memberi tumpuan kepada matlamat perniagaan yang jelas, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan kepimpinan yang kukuh untuk memaksimumkan manfaat daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan.

123RF Lancar Keupayaan Carian Video Dikuasakan AI Di Amazon Web Services

LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- 123RF, platform kandungan stok media yang berpangkalan di Malaysia, hari ini melancarkan ciri pemahaman video kecerdasan buatan (AI) generatif di Amazon Web Services (AWS), yang direka untuk meningkatkan carian video bagi pengguna di seluruh dunia.