6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyatakan sokongan penuh terhadap misi USANITA Group dalam memperkasakan usahawan wanita Malaysia untuk berkembang ke pasaran antarabangsa, terutamanya di rantau Australasia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar kerajaan mempergiat usaha diplomasi dan tindak balas dasar berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif menyeluruh 25 peratus ke atas eksport Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Universiti Durham menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, perkongsian pengetahuan, dan inisiatif bersama dalam bidang kewangan Islam dan pasaran modal Islam (ICM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Malaysia komited memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara BRICS, terutamanya dengan potensi besar kecerdasan buatan (AI) yang perlu dimanfaatkan untuk pembangunan inklusif.
7bulan ago
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Perkumpulan BRICS menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala berlandaskan peraturan serta menolak langkah perlindungan sebelah pihak yang menghukum, diskriminasi serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan dilaksanakan atas alasan kebimbangan alam sekitar.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan Kenyataan BRICS mengenai Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) dan menyokong penuh visi AI yang menerapkan pembangunan berbanding dominasi, beretika, mengurangkan ketidaksamaan serta menghormati maruah insan.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Duran Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memperkukuh ekosistem industri penerbangan negara dan bersedia membantu para pelabur ke arah matlamat itu.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lonjakan perdagangan intra-BRICS dan seterusnya perkumpulan itu muncul sebagai satu kuasa yang kuat dan berprinsip, berteraskan keadilan, saling menghormati serta komitmen bersama untuk membentuk orde antarabangsa yang lebih seimbang dan adil.
7bulan ago
Oleh Vikneswaran Raman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama 40 pemimpin industri dari Perancis yang beroperasi di Malaysia untuk membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi pada peringkat global.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara.