BERITA TERKINI   SEANWFZ: China menyatakan kemahuan menandatangani 'without reservation' - Menteri Luar Mohamad | ASEAN hargai kesediaan Negara Senjata Nuklear menyokong Protokol SEANWFZ - Mohamad Hasan | ASEAN perlu bertindak secara kolektif untuk mewujudkan keadaan yang membolehkan Negara Senjata Nuklear meratifikasi SEANWFZ - Mohamad Hasan | Menegakkan hak asasi manusia penting bagi membentuk ASEAN yang berdaya tahan, dinamik dan berpaksikan manusia - Mohamad Hasan | Mesyuarat AICHR diadakan hari ini sempena bermulanya fasa baharu di bawah Visi ASEAN 2045 - Mohamad Hasan | 

Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Ekonomi Dengan BRICS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Malaysia komited memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara BRICS, terutamanya dengan potensi besar kecerdasan buatan (AI) yang perlu dimanfaatkan untuk pembangunan inklusif. 

“Dengan ekonomi digital ASEAN dijangka mencapai US$2 trilion (US$1=RM4.231) menjelang 2030,  ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh kita sia-siakan,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi hantaran di laman X beliau hari ini.

Tengku Zafrul berkata mesyuarat sampingan dengan Negara Rakan BRICS dan pemimpin perniagaan, membuka ruang untuk syarikat Malaysia meneroka pasaran dan peluang pelaburan dalam sektor berorientasikan masa depan. 

Beliau berkata MITI akan terus memudah cara dan menyokong syarikat tempatan untuk terus berani meneroka pasaran baharu. 

“Komitmen Malaysia adalah untuk memperkukuh sistem perdagangan yang berasaskan peraturan dan inklusif. 

“Bersama-sama, kita bina masa depan ekonomi global yang lebih adil dan progresif,” katanya.

Tengku Zafrul merupakan antara anggota delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio De Janerio, Brazil.

--BERNAMA