BERITA TERKINI   Isu penswastaan MAHB: PAC akan panggil semula beberapa saksi, termasuk mantan pengarah bebas - Mas Ermieyati | Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani laksana tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta - KSN | ASEAN pertimbang naik taraf hubungan dengan Turkiye kepada status rakan dialog penuh dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | A1 AK Koh Group Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE dibuka mendatar pada 25 sen, tidak berubah daripada harga IPO, dengan 30.44 juta saham diniagakan | 

Terdapat 310 berita berdasarkan kata kunci carian " daya saing"

Kementerian Digital Cadang Penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital Dan Keselamatan Data

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data (SKDKD) pada separuh pertama 2025.

Belanjawan 2025: Peruntukan Pertanian Dijangka Rangsang Industri Beras Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Industri beras Sabah dijangka menerima banyak manfaat daripada pelbagai inisiatif pertanian yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, kata Prof Madya Dr Bonaventure Boniface dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Inisiatif Belanjawan 2025 Bantu Tarik Pelaburan Berkualiti, Jadikan Malaysia Destinasi Pilihan -- MIDA

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 membolehkan Malaysia menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi, inovatif dan mampan yang seterusnya menjadikan negara destinasi pelaburan terpilih di rantau Asia Tenggara.

MATRADE Komited Perkukuh Perdagangan Luar Negara Melalui Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus menjadi agensi galakan eksport negara menerusi Belanjawan 2025 dengan membantu syarikat Malaysia untuk kekal kompetitif di pasaran luar.

Belanjawan 2025 Letak Malaysia Sebagai Peneraju Serantau Dalam Inovasi AI - MyDigital Corp

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi dipacu kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup, kata MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp).

EXIM Bank Pertingkat Peranan Dalam NIMP 2030, Dorong Pembiayaan Untuk PMKS Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) bersedia untuk mengukuhkan peranan dalam ekosistem Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dengan menyediakan pembiayaan kepada syarikat Malaysia yang layak, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kedudukan Kewangan Kukuh TNB Penting Untuk Perkhidmatannya Kepada Rakyat

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bagi syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), kedudukan kewangan kukuh, disokong oleh lembaran imbangan yang sihat, hutang rendah dan aliran tunai kukuh, membolehkannya memperuntukkan modal ke arah peningkatan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan serta penambahbaikan operasi yang memberi manfaat kepada pengguna.

Sarawak Lancar ENBASE Rancakkan Sektor Keusahawanan

KUCHING, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan sistem pangkalan data usahawan Sarawak yang juga dikenali sebagai ENBASE bagi merancakkan sektor keusahawanan di negeri ini. 

MARii, Dassault SystÈmes Dan Feiran Technology Bekerjasama Jadikan Malaysia Hab Automotif ASEAN

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Dassault Systèmes dan Feiran Technology menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bertujuan memacu pertumbuhan dan inovasi dalam sektor automotif Malaysia.

Belanjawan 2025 Akan Terus Perkukuh Industri Semikonduktor Malaysia - Persatuan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia dijangka terus kukuh dengan pelbagai inisiatif digariskan di bawah Belanjawan 2025, termasuk Inisiatif Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.

Belanjawan 2025 Lonjak Daya Saing Malaysia, Kukuh Peranan Terajui Kewangan Islam - CGS Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Langkah serta insentif diketengahkan kerajaan dalam Belanjawan 2025, jelas mengutamakan daya saing negara, khususnya dalam melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan serta rakan dagang yang kukuh, kata CGS Malaysia.

Kenaikan Nilai Ambang WPL Bantu Syarikat Rancang Pelaburan - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) memberikan ruang kepada syarikat perladangan untuk beroperasi dengan lebih efisien, terutamanya dalam berdepan pasaran minyak sayuran global yang kompetitif.