4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kewangan Islam perlu memanfaatkan tiga pemacu penting terutama tindakan iklim, rangkuman digital dan inovasi Islam bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi untuk Malaysia, Oman dan seluruh dunia, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) yang rendah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meraih potensi pelaburan bernilai RM450 juta dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan jentera daripada misi perdagangan dan pelaburannya ke Belanda baru-baru ini.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan selepas data gaji bukan ladang (NFP) AS yang dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus meningkatkan harapan terhadap penurunan kadar faedah di negara itu bulan ini.
4bulan ago
KUALA LANGAT, 5 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk diklasifikasikan sebagai negara berisiko rendah dalam pengeluaran minyak sawit, disokong terutamanya oleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas Indeks Dolar AS (DXY AS) naik 0.1 peratus kepada 98.245 mata walaupun laporan kekosongan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) lebih rendah daripada jangkaan, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan peniaga menantikan data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data pasaran tenaga kerja negara maju itu minggu ini.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tertinggi dalam sejarah hari ini, melepasi US$3,500 setiap auns berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan baharu berhubung kebebasan institusi Rizab Persekutuan.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Selasa apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati selain para peniaga bersedia menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi menilai penilaian ekonomi terkini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi pada Selasa tetapi dijangka diniagakan berhati-hati hari ini berikutan peniaga akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini, selain laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.