4bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar dijangka berupaya mengukuhkan kedudukan fiskal Malaysia sambil memastikan bantuan sampai kepada rakyat, kata ahli ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- S&P Global Ratings (S&P) mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A-’ dengan tinjauan stabil, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ahli lembaga pengarah MClean Technologies Bhd mengatakan ia tidak tahu menahu sebab di sebalik kenaikan mendadak dalam harga dan volum saham syarikat itu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung yang menyaksikannya kembali di bawah paras psikologi 1,600 selain prestasi suram saham wajaran tinggi terpilih perbankan, utiliti dan berkaitan Petronas.
4bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KUNMING (CHINA), 17 Sept (Bernama) -- Media Malaysia menunjukkan minat yang mendalam terhadap kemajuan teknologi China khususnya dalam kenderaan elektrik (EV) dan ekonomi digital serta memberi tumpuan kepada bagaimana perkembangan ini memberi kesan secara langsung kepada Malaysia dari segi penciptaan pekerjaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd hari ini mengumumkan langkah-langkah bantuan kewangan yang mengutamakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas di samping sokongan untuk pelanggan individu di kawasan bencana banjir seluruh negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan dijangka akan terus memfokuskan pada penyatuan fiskal walaupun menghadapi masalah luaran, kata OCBC Bank.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh gabungan faktor luaran termasuk jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu mengamalkan dasar yang lebih akomodatif, kata penganalisis.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Penipuan yang dijana kecerdasan buatan (AI) pantas muncul sebagai ancaman keselamatan siber yang ketara di Malaysia, dengan institusi kewangan, agensi kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan sektor runcit antara yang paling terdedah, kata firma keselamatan siber Fortinet.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal lemah minggu depan, dengan kecenderungan untuk bergerak lebih rendah dalam minggu yang dipendekkan dengan cuti umum.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 36.7 peratus pada Julai 2025 kepada 35,884 tan berbanding 26,249 tan pada Jun 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).