BERITA TERKINI   KDNK Malaysia diunjur berkembang 5.2 peratus pada Suku-3 2025, dipacu prestasi teguh merentasi semua sektor utama — DOSM | Sebanyak 8.8 juta penerima STR akan menerima bayaran Fasa 4 STR 2025 mulai esok - MOF | Jumlah dagangan Malaysia bagi Jan-Sept 2025 meningkat 4.4 peratus kepada RM2.4 trilion, eksport naik 4.8 peratus kepada RM1.170 trilion dan import menokok 4.0 peratus kepada RM1.06 trilion -- MITI | Eksport Malaysia naik 12.2 peratus tahun ke tahun kepada RM138.68 bilion, import meningkat 7.3 peratus pada RM118.82 bilion dan hasilkan lebihan dagangan RM19.86 bilion -- MITI  | Perdagangan Malaysia bagi September 2025 meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun kepada RM257.51 bilion meskipun berdepan ketidaktentuan global -- MITI | 

Terdapat 264 berita berdasarkan kata kunci carian " perdagangan as"

Malaysia Akan Manfaatkan FinTech Dalam Perjanjian Perdagangan ASEAN - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang meneroka bagaimana teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua Berturut-turut Susulan Tekanan Luar

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar terutamanya pertumbuhan lemah ekonomi China dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan. 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Trend Serantau, Kestabilan Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.

Kenanga IB: Pinjaman Sektor Perbankan Diunjur Tumbuh 6.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, kadar faedah AS yang tidak menentu dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur, kata peniaga.

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.

IPPSB, PPSB Meterai MoU Kukuh Kedudukan Malaysia Dalam Koridor Logistik ASEAN

PADANG BESAR, 28 Nov (Bernama) -- Inland Port Perlis Sdn Bhd (IPPSB) yang merupakan pemaju hab logistik canggih Perlis Inland Port (PIP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Dirangsang Harga Minyak Stabil, Bekalan Terhad

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap bekalan getah yang terhad berikutan ramalan cuaca lembap, kata sumber pasaran.

Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat 1,600 Hingga 1,610 Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan lebih kecil dalam julat 1,600 hingga 1,610 mingu depan manakala angka 1,600 itu juga kekal sebagai paras psikologi dan ambang teknikal yang memaparkan latar belakang ekonomi Malaysia yang kukuh.

Perang Perdagangan AS-China, Peluang Bagi Malaysia Jadi Destinasi Pelaburan Multinasional - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perubahan kepimpinan di Amerika Syarikat (AS) yang baharu dijangka mampu mempengaruhi landskap perdagangan global khususnya dalam hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China. 

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Sederhana Dalam Persekitaran Cabaran Luaran

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).