Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, menyokong mata wang AS itu, kata seorang penganalisis.
| BERITA TERKINI | Pegawai kanan ATM Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah lakukan pecah amanah wang TKAT berjumlah RM5 juta | |
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, menyokong mata wang AS itu, kata seorang penganalisis.
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila kenaikan kukuh berterusan yang dialami indeks penanda aras baru-baru ini telah dikekang berikutan aktiviti jualan saham wajaran tinggi terpilih yang berlanjutan -- diterajui Tenaga Nasional -- telah mengehadkan kenaikan, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki sentimen serantau yang optimis, bagaimanapun aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan baru-baru ini menjejaskan pasaran, kata seorang penganalisis.
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Momentum belian yang berterusan, kebanyakannya dalam saham teknologi terpilih dan berkaitan Petronas mendorong FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan paras tertinggi harian dan ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan untuk lima sesi dagangan berturut-turut, kata seorang penganalisis.
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu namun, meningkat semula tidak lama selepas itu, disokong oleh pembelian berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih susulan keyakinan terhadap prospek ekonomi domestik, kata penganalisis.
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan sentimen global yang memberangsangkan terhadap pasaran ekuiti, kata penganalisis.
Oleh Zarul Effendi Razali dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum meningkatnya untuk ditutup tinggi bagi sesi dagangan ketiga berturut-turut, disokong oleh pembelian berterusan dalam produk dan perkhidmatan industri terpilih serta kaunter penjagaan kesihatan, kata seorang penganalisis.
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh belian berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pelabur kekal positif terhadap unjuran ekonomi, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam jajaran kecil minggu depan dipengaruhi oleh perkembangan semasa di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, namun dengan kecenderungan meningkat berikutan sentimen pasaran yang konstruktif ketika pelabur mengalihkan tumpuan mereka daripada risiko di Timur Tengah, menurut penganalisis.