Terdapat 2506 berita berdasarkan kata kunci carian "tm"

Petronas tandatangan Perjanjian Jual Gas Lima Tahun Kepada SESB

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), akan membekalkan gas kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk penjanaan kuasa di Sabah dan Labuan.

Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

MIDF Research Jangka Momentum Pertumbuhan Ekonomi Positif Malaysia Akan Kekal

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Momentum ekonomi Malaysia yang positif dijangka kekal dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila Indeks Pelopor (IP) naik kepada 5.2 peratus tahun ke tahun pada Julai 2024. 

CIMB Bekerjasama Dengan CGC Tawar Pembiayaan Tambahan RM1.5 Bilion Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Bank) telah bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menawarkan pembiayaan tambahan RM1.5 bilion melalui skim jaminan portfolio kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ekonomi Lemah, Potongan Kadar Mampu Tingkat Pilihan Sekuriti Dalam Utiliti, Bank Serantau - Manulife

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kemelesetan ekonomi yang lebih perlahan dan pemotongan kadar faedah boleh mewujudkan keadaan yang menggalakkan untuk melabur dalam sekuriti pilihan, terutamanya dalam utiliti elektrik serta bank serantau, menurut Manulife Investment Management (M) Bhd.

Profesional Kewangan Digesa Tangani Ketidaksamaan Upah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Profesional kewangan dan perakaunan perlu menangani ketidaksamaan upah termasuk mengambil peranan utama dalam mempromosikan amalan perniagaan yang mampan, menurut laporan yang diterbitkan oleh ACCA Global, Shift dan Forvis Mazars.

Pusat Data Google Malaysia Jadi Penanda Aras Kecekapan Penggunaan Tenaga, Air

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara Akan Tumpu Empat Teras Utama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.

AKPK Lapor 53,000 Individu Bawah 30 Tanggung Hutang Terkumpul RM1.9 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

PM Anwar Hadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Data Google Bernilai US$2 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai US$2 bilion (US$1 = RM4.12) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.

Industri Maritim Harap Insentif Belanjawan 2025 Untuk Pertumbuhan, Penyahkarbonan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.

Loji Janakuasa Prai: Lambang Kecemerlangan Dan Inovasi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Loji Janakuasa Prai milik Malakoff Corporation Bhd menjadi lambang kepada kecemerlangan dan inovasi dalam sektor tenaga Malaysia.