1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Penstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) adalah selaras dengan agenda nasional untuk melaksanakan pembaharuan dan memperkukuhkan institusi-institusi milik kerajaan, kata Kementerian Kewangan.
1tahun ago
SEPANG, 5 Dis (Bernama) -- China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau, menyokong satu sama lain dengan baik, menentang dasar perlindungan serta menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara sejajar dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings dan Gamuda akan menggantikan Genting dan Genting Malaysia sebagai konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Tiga perusahaan baharu, BioLopp, Gula Cakery dan HiiVolt dipilih sebagai tiga pemenang utama “BizSmart Challenge Accelerator Edition” (Cabaran BizSmart) yang meraikan dan mengiktiraf perusahaan baharu terkemuka di Malaysia.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 5 Dis (Bernama) -- Hubungan ekonomi Amerika Syarikat (AS)-Malaysia dijangka tidak menyaksikan perubahan besar di bawah pentadbiran baharu, kata Duta Besarnya ke Malaysia Edgard D Kagan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Produk pembungkusan terbiodegradasi daripada sisa jerami padi yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Bioeconomy Corporation dan syarikat BioNexus, Free The Seed Sdn Bhd diunjur mencecah nilai pasaran RM60 juta mulai 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- United Overseas Bank (UOB) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi blok ASEAN-6 akan mencecah 4.8 peratus pada 2025, mengatasi unjuran pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global iaitu 3.2 peratus.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti cadangan kebolehgunaan produk insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) secara mudah alih demi memastikan akses penjagaan yang berterusan dan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti cadangan kebolehgunaan produk insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) secara mudah alih demi memastikan akses penjagaan yang berterusan dan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah mencapai Pemetaan Tahap 1 Akreditasi Karbon Lapangan Terbang (ACA) yang diberikan Airports Council International (ACI).
1tahun ago
Daripada Anas Abu Hassan
LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services Inc (AWS) komited menyediakan hingga US$100 juta (US$1=RM4.40) dalam bentuk kredit awan di bawah AWS Education Equity Initiative bagi tempoh lima tahun akan datang untuk membantu organisasi pendidikan yang layak di seluruh dunia membangunkan atau meluaskan penyelesaian pembelajaran digital.