BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 1293 berita berdasarkan kata kunci carian "thailand"

ASEAN Mahu Grid Tenaga Terintegrasi Sepenuhnya Menjelang 2045 -- Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Okt  (Bernama) -- ASEAN bercita-cita tinggi untuk membina grid tenaga serantau yang terintegrasi sepenuhnya menjelang 2045 dan ia merupakan misi yang boleh dicapai, kata pakar utama tenaga Bank Dunia, Yussuf Uwamahoro.

Kemunculan Sulung MR. D.I.Y. Thailand Dalam Bursa, Sasar Kumpul 5.6 Bilion Baht

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- MR. D.I.Y. Holding (Thailand) menyasar untuk mengumpulkan sehingga 5.6 bilion baht (US$173 juta) melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Bursa Saham Thailand pada 5 Nov tahun ini.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kelemahan dolar AS susulan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell yang membayangkan penurunan kadar faedah.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Serantau, Bimbang Bekalan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini disebabkan oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau yang disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli susulan musim hujan yang berterusan di negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

NCER Capai Pelaburan RM53.39 Bilion, Cipta 16,000 Peluang Pekerjaan Setakat September - Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya merealisasikan pelaburan mencecah RM58.39 bilion serta mencipta hampir 16,000 peluang pekerjaan bagi tempoh sehingga September tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Fed Beri Isyarat Kadar Faedah Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi isyarat yang cenderung kepada kadar faedah rendah.

Ringgit Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa namun diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, dengan sentimen didorong oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan musim hujan di negara-negara pengeluar getah utama, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen pasaran tempatan yang bertambah baik, disokong oleh kenyataan positif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan perubahan dalam dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencerminkan kekuatan baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran ketegangan perdagangan yang berlanjutam antara AS dan China.

Pelabur Asing Teruskan Aliran Masuk Bersih US$904.8 Juta Di Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) --  Kalangan pelabur asing meneruskan pembelian bersih bagi minggu kedua berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas yang berjumlah US$904.8 juta atau 4.12 kali lebih rendah berbanding aliran masuk minggu sebelumnya sebanyak US$3.73 bilion.

Ringgit Kekal Stabil Didorong Optimisme Pasca Belanjawan Imbangi Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur terus cenderung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu manakala perkembangan positif dalam negara selepas pembentangan Belanjawan 2026 membantu mengimbangi tekanan tersebut.