BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor FC 3-0 Melaka FC | 

Terdapat 3162 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Untung Bersih Petronas Gas Turun Kepada RM444.23 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM444.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 berbanding RM493.67 juta bagi suku sama tahun kewangan 2024.

Untung Bersih Suku Ketiga MBSB Susut Kepada RM95.64 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM95.64 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM122.08 juta pada tahun sebelumnya.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kembali Kukuh Dan Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi dan sentimen lebih baik di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Untung Bersih Petronas Dagangan Susut Kepada RM281.25 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025 berbanding RM335.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Untung Bersih AMMB Holdings Meningkat Kepada RM534.58 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM534.58 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 daripada RM500.57 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Teruskan Momentum, Indeks Utama Bursa Malaysia Naik 8.93 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan pada tengah hari ini ketika pelabur mengalihkan semula minat terhadap saham-saham wajaran tinggi susulan sentimen positif di pasaran serantau.

Bursa Gantung Jualan Singkat Harian D&O Green Tech

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.

DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih Sembilan Bulan Pada RM60.62 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM60.62 juta untuk sembilan bulan berakhir pada 30 Sept 2025, selepas disokong oleh pengukuhan dalam sektor perbankan, automotif dan perkhidmatan.

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Meningkat Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Melantun Pada Sesi Awal Dipacu Jangkaan Kadar Faedah AS Turun

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.

Felda Terbit Sukuk, GGRC-i Bernilai RM8.92 Bilion Sehingga September 2025 - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menerbitkan Sukuk Dengan Jaminan Kerajaan bernilai RM3.72 bilion serta Pembiayaan Kredit Pusingan Islam dengan Jaminan Kerajaan (GGRC-i) bernilai RM5.2 bilion sehingga 30 September 2025.