BERITA TERKINI   Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin dipecat dari parti itu, berkuat kuasa hari ini - Setiausaha Agung Bersatu | Kerajaan Perlis isytihar 1 Ramadan sebagai cuti peristiwa atas perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail - MB Perlis | PR1MA melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan berkuat kuasa pada 1 Jan, 2026 | PM Anwar nasihat warga SPRM terus semangat jalankan tugas dengan tegas, berani bagi banteras gejala rasuah | Beri peluang kepada Jawatankuasa Khas siasat dakwaan dan perkara berbangkit dikaitkan dengan KP SPRM Azam Baki - PM Anwar | 

Terdapat 487 berita berdasarkan kata kunci carian " runcit"

Sentimen Perniagaan Malaysia Kekal Optimis Pada Suku Kedua, Dicerminkan Petunjuk Keyakinan Positif 2.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sentimen perniagaan Malaysia kekal optimistik pada suku kedua 2025, dicerminkan oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 2.0 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

AmBank Group Catat Untung Bersih RM2 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025), berbanding RM1.87 bilion pada tahun sebelumnya.

Kehadiran PM China Ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Perkukuh Kerjasama Serantau

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama serantau.

ASEAN Perlu Berani Atasi Halangan Dagangan Tingkatkan Pertumbuhan PMKS – SAMENTA

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu mengambil langkah berani untuk menangani cabaran perdagangan utama melalui perjanjian yang boleh dikuatkuasakan bagi mengurangkan halangan bukan tarif, memperluas pengiktirafan bersama, serta mempercepat pelaksanaan ASEAN Single Window bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Produktiviti Buruh Per Jam Meningkat 1.0 Peratus Pada ST1 2025

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 1.0 peratus pada suku tahun (ST) pertama 2025, mencatatkan RM42.5 setiap jam, menurut penerbitan Statistik Produktiviti Buruh Malaysia, Suku Tahun Pertama 2024 yang dikeluarkan hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN Berpotensi Tarik FDI RM300 Bilion Untuk Malaysia - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak ASEAN akan menjadi platform untuk integrasi ekonomi serantau dan menggalakkan perdagangan melalui perjanjian yang berpotensi dengan anggaran RM300 bilion melalui pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Juwai IQI. 

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam dagangan tengah hari ini walaupun prestasi pasaran serantau kebanyakannya tinggi ketika pasaran terus diasak sentimen berhati-hati.

Keuntungan AEON Melonjak 18 Peratus Kepada RM68.1 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Co (M) Bhd untuk suku pertama 2025 melonjak 18 peratus kepada RM68.10 juta berbanding RM57.39 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh perbelanjaan bermusim yang meningkat susulan perayaan-perayaan yang berlaku dalam suku tersebut.

Aliran Masuk Dana Asing Bagi Minggu Keempat Berturut-turut, Naik Kepada RM1.68 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran masuk dana asing untuk minggu keempat, mencatatkan belian bersih sebanyak RM1.68 bilion minggu lepas berbanding RM422.6 juta pada minggu sebelumnya.

Australia Berunding Dengan Malaysia Untuk Pertingkatkan Perdagangan Eksport Halal

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Australia ketika ini sedang berunding dengan Malaysia mengenai perkongsian strategik untuk meningkatkan industri eksport daging halalnya.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk memacu pasaran domestik.