Terdapat 1205 berita berdasarkan kata kunci carian " mampan "

Sabah Pengeluar Minyak Sawit Mentah Terbesar Malaysia, Hasilkan 4.27 Juta Tan Pada 2024 - KPK

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Sabah menjadi negeri pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di Malaysia dengan kadar pengeluarannya sebanyak 4.27 juta tan pada 2024, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Peruntukan DE Asas RM20 Bilion Bagi Enam Negeri Kurang Membangun -- Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas RM20 bilion pada 2026 untuk enam negeri kurang membangun iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding RM19 bilion pada 2025. 

PDT, UEM Lestra Jalin Kerjasama Pacu Projek Solar Hibrid 1GW Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.

Majlis Perniagaan AS-ASEAN Perkukuh Hubungan Dengan ASEAN Melalui Pameran Inovasi

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), dengan kerjasama Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (COSTI), baru-baru ini menganjurkan USABC Innovation Showcase di luar Mesyuarat COSTI ke-88 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Exim Bank, Export Finance Australia Bentuk Kerjasama Strategik Pelaburan, Perdagangan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Export Finance Australia (EFA) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan potensi baharu pelaburan di seluruh Asia Tenggara.

Ichia Technologies Dari Taiwan Buka Kilang Pembuatan Baharu Bernilai RM490 Juta Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ichia Technologies, Inc., peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Taiwan membuka kilang pembuatan canggih keduanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.

Keuntungan Bersih Nestle Malaysia Bagi Suku Ketiga Meningkat Kepada RM114.0 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle) meningkat kepada RM114.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 (S3 2025) daripada RM85.4 juta setahun sebelumnya. 

Pengecualian Tarif AS Langkah Positif Untuk Industri Minyak Sawit Malaysia – MPOC

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengalu-alukan pengecualian tarif yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk produk terpilih Malaysia termasuk minyak sawit di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang baru dimeterai.

Terengganu Catat Jumlah Pelaburan Komited RM4.3 Bilion Setakat September 2025

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Terengganu mencatat jumlah pelaburan komited sebanyak RM4.3 bilion setakat September tahun ini, dipacu oleh sektor tenaga boleh baharu.

Pensonic Lihat Prospek Positif Selepas Untung Bersih Naik 53 Peratus Pada Suku Pertama

GEORGE TOWN, 27 Okt (Bernama) -- Pensonic Holdings Bhd (Pensonic) mencatatkan peningkatan 53 peratus dalam keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Ogos tahun kewangan 2026, disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, kecekapan operasi yang lebih baik dan kemajuan berterusan di bawah strategi berorientasikan gaya hidup.

TNB Dan CET Dari China Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Grid Kuasa

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan State Grid Corporation of China (SGCC) yang juga syarikat utiliti awam terbesar dunia yang diwakili oleh anak syarikat milik penuhnya, China Electric Power Equipment and Technology Co Ltd (CET).

Bioeconomy Corporation Sasar Potensi Pelaburan Lebih RM300 Juta Di Sarawak

KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menyasarkan potensi pelaburan melebihi RM300 juta menerusi penganjuran acara NBiOSHOWCASE sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS25) pada 22-23 Oktober 2025, di sini.