2bulan ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Hubungan ASEAN dan Kesatuan Afrika perlu bergerak maju melangkaui simbolisme dan dibentuk menerusi kerjasama tulen yang berpaksikan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan selama tiga hari ke Ethiopia dengan mencatatkan kejayaan melalui perbincangan yang produktif mengenai potensi bidang kerjasama yang saling memberikan manfaat.
2bulan ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat potensi besar untuk menghubungkan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) dengan pasaran ASEAN, yang dapat membuka ruang pertumbuhan baharu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd memasukkan Nomura Securities Malaysia Sdn Bhd ke Bursa Malaysia-i bagi meningkat dan memperluas akses pasaran untuk pelaburan patuh syariah.
2bulan ago
PETALING JAYA, 20 Nov (Bernama) -- Pengeluar upholsteri kulit automotif Pecca Group Bhd (PGB) sedang berusaha mencapai matlamatnya memiliki status pembekal Tahap-1 pada 2026, susulan pelancaran barisan pemasangan tempat duduk penuh yang dirancang awal tahun depan.
2bulan ago
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual bertemu Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika Mahmoud Ali Youssouf dari Djibouti, sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi beliau ke Ethiopia.
2bulan ago
Daripada Saraswathi Muniappan
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ethiopia akan berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, hubungan dua hala serta memanfaatkan platform pelbagai hala.
2bulan ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti perniagaan Malaysia dan Ethiopia supaya tidak lagi membazirkan masa, sebaliknya segera memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala susulan wujudnya gangguan serta cabaran di arena antarabangsa.
2bulan ago
Daripada M.Saraswathi
ADDIS ABABA, 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji keterbukaan Ethiopia yang mempunyai sejarah menerima penghijrahan awal umat Islam dan berpendapat bahawa semangat tersebut masih relevan untuk diamalkan pada zaman moden, khususnya dalam memupuk kerjasama perdagangan dan pelaburan.
2bulan ago
Daripada M.Saraswathi
ADDIS ABABA, 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Ethiopia Taye Atske-Selassie Amde yang mengadakan pertemuan rasmi hari ini, sepakat mahu memacu hubungan Putrajaya dan Addis Ababa dengan hala tuju baharu.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) — Penganjuran Minggu Pulau Pinang di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia Osaka 2025 dijangka menjana potensi pelaburan berjumlah RM426 juta kepada negeri ini.