Terdapat 296 berita berdasarkan kata kunci carian " pusat data"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, didorong oleh kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, telekomunikasi dan media serta perkhidmatan kewangan.

Air Selangor Laksana Langkah Strategik Sokong Pertumbuhan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah merancang langkah strategik untuk memastikan keupayaan memenuhi permintaan tambahan daripada perkembangan pesat pusat data.

Kerjasama Malaysia-Brazil Buka Banyak Peluang Untuk Industri Semikonduktor Dan E&E - PM Anwar

RIO DE JANEIRO (Brazil), 18 November (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa industri elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor Malaysia dan Brazil untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan meningkatkan kerjasama berikutan Selatan Global memainkan peranan penting. 

Malaysia Berada Dalam Kedudukan Untuk Menunjukkan Kepimpinan Dalam ASEAN -- Jetro, Jactim

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan untuk menunjukkan kepimpinannya dalam ASEAN apabila ia memegang peranan sebagai pengerusi pertubuhan berkenaan tahun depan.

BNM Umum Liberalisasi Dasar Pertukaran Asing Bagi Bank Pembangunan Dan Institusi Kewangan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak.

Malaysia Bersedia Selaras Dasar Selari Permintaan, Industri Baharu - PM Anwar

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyelaraskan dasarnya bagi memenuhi permintaan baharu dan industri yang sentiasa berkembang menerusi pendekatan pelbagai hala untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Bertemu Google, Bincang Aspek Perkasa Ekosistem AI, Pusat Data

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi Google khususnya yang berkaitan pusat data dan kecerdasan buatan (AI). 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.

Kerajaan Lulus RM141.72 Bilion Pelaburan Digital Sehingga Oktober 2024 -Gobind

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, kembali meningkat berikutan prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Malaysia Akan Pantau Potensi Impak Ekonomi Susulan Kemenangan Donald Trump - Rafizi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) - Malaysia sedang memantau rapat kemungkinan perubahan yang mungkin berlaku yang akan memberi kesan kepada ekonomi global dan tempatan berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya & Johor, Perkukuh Transformasi Digital Negara

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- TM Global, cabang perniagaan borong TM, akan mengembangkan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengehosan data domestik dan antarabangsa.