BERITA TERKINI   Pelaburan asing melonjak 20.9 peratus kepada RM207.1 bilion, cerminkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan, dasar yang jelas dan hala tuju ekonomi Malaysia - PM  | 

Terdapat 198 berita berdasarkan kata kunci carian "sunway"

Unit Sunway Construction Raih Kontrak RM1.15 Bilion Daripada Syarikat Berpangkalan Di AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd (SunCon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), menerima kontrak kerja bernilai RM1.15 bilion untuk dua projek daripada sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung, sekali gus mencatat penurunan untuk sesi kedua berturut-turut.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Kekal Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi sedikit rendah, dipengaruhi tekanan jualan dalam kalangan kaunter wajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sektor utiliti, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Ketidaktentuan Dasar AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan meningkat namun susut kemudiannya ketika pelabur lebih berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini sekali gus mengakhiri rentetan peningkatan selama tiga hari.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk perindustrian, utiliti dan sektor kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Prestasi Lemah Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Wall Street Di Sebalik Perkembangan Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang ditutup kukuh minggu lepas walaupun terdapat perkembangan terkini mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).

Pertumbuhan Pendapatan, Pengembangan KDNK Pacu Ekuiti Malaysia Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd kekal positif terhadap ekuiti Malaysia pada 2026, didorong oleh pertumbuhan pendapatan sebanyak 6.4 peratus dan pengembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Isyarat Fed AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah serta ketegangan berterusan di Timur Tengah yang menjejaskan sentimen pasaran.

IHP Malaysia Naik 1.6 Peratus Pada Januari Dianggap Terkawal - Ahli Ekonomi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Januari 2026 yang meningkat 1.6 peratus dianggap sebagai terkawal berikutan komponen yang mencatatkan kenaikan ketara hanya menyumbang sebahagian kecil daripada indeks tersebut, kata ahli ekonomi.

Keenakan Produk Yuzu Dari Jepun Kini Boleh Didapati Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Peminat “yuzu” di Malaysia akan dapat menikmati rasa dan aroma buah sitrus dari Jepun kerana produk yuzu dari Umaji Village di Wilayah Kochi, di pulau Shikoku selatan Jepun, dibawa ke Malaysia buat kali pertama.