BERITA TERKINI   Konflik AS-Iran: Kedua-dua pihak perlu berundur dan segera kembali kepada diplomasi dengan lebih serius - PM | Konfrontasi antara Washington dan Tehran akan pengaruhi Timur Tengah - Anwar | PM Anwar luah kebimbangan mendalam terhadap ketegangan memuncak antara AS dan Iran | Jadikan peningkatan mutu pendidikan keutamaan, angkat Malaysia sebagai negara maju - PM Anwar | IKM, KKTM dan MJII dijenamakan semula, dikenali sebagai TVETMARA - TPM Zahid Hamidi | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian "sorotan"

Pelaburan Langsung Komited Ekuinas Melonjak Kepada RM4.9 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pelaburan langsung terkumpul Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) meningkat kepada RM4.9 bilion daripada RM4.5 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, dengan suntikan modal ke dalam ekonomi terkumpul meningkat kepada RM5.6 bilion.

Kepimpinan Malaysia Di Bawah Anwar Ibrahim Perkukuh Kerjasama ASEAN - Nazir Razak

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan kekuatan unik dalam membawa pemimpin ASEAN bersama-sama untuk membincangkan dan menangani isu serantau secara kolaboratif.

Inflasi Keseluruhan Turun Kepada 1.4 Peratus, Teras Stabil Pada Mac - BNM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Sistem Perbankan Malaysia Kekalkan Kedudukan Mudah Tunai Yang Sihat - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai (LCR) sebanyak 160.7 peratus, naik daripada 147.9 peratus pada November, menyokong pengantaraan kewangan yang berterusan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.2 Peratus Pada Suku Ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Pelbagai Perencanaan strategik Lonjakkan Ekonomi Sepanjang 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.

GEM Education Komited Peruntuk RM100 Juta Sokong ASEM Bangun Bakat Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Global EduTech Management Group (GEM Education) komited untuk memperuntukkan RM100 juta bagi menyokong Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) membangunkan bakat bertaraf dunia dan menyediakan pendidikan berkaitan industri bagi masa depan digital yang dipacu semikonduktor.

PIAM Lantik Chua Kim Soon Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah melantik Chua Kim Soon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, menggantikan Julie Lean Gim Chong, berkuat kuasa 7 Okt 2024.

Tiktok Shop Catat Pertumbuhan 2.2 Kali Pada Separuh Pertama 2024

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- TikTok Shop menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 2.2 kali ganda, peningkatan penjual 1.8 kali ganda serta lonjakan 1.8 kali ganda pencipta ahli gabungan, tahun ke tahun bagi separuh pertama 2024.

MITI Day 2024 Tawar Lebih 2,600 Peluang Pekerjaan Pada 1 Oktober

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- MITI Day 2024, anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menawarkan lebih 2,600 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja pada acara tahunan itu bertempat di Menara MITI di sini pada 1 Oktober ini.