BERITA TERKINI   Projek Inklusif Digital NADI Malaysia oleh MCMC juara Hadiah World Summit on the Information Society 2025 | Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn tiba di Malaysia pada Selasa untuk hadiri AMM ke-58 | 

Terdapat 111 berita berdasarkan kata kunci carian "pasaran kewangan"

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

AmBank Group Catat Untung Bersih RM2 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025), berbanding RM1.87 bilion pada tahun sebelumnya.

Inflasi Keseluruhan Kekal Sederhana Bawah 3.0 Peratus Pada 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka kekal sederhana di bawah paras tiga peratus pada 2025, memandangkan keadaan kos global yang terus menyusut serta ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

APEC Unjur Pertumbuhan Serantau Hanya 2.6 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC.

SC Meterai EMMoU IOSCO Untuk Perkukuh Integriti Pasaran, Lindung Kepentingan Pelabur

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala Dipertingkatkan (EMMoU) dengan Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO).

BNM Akan Turunkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun Kepada Satu Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sebanyak 100 mata asas iaitu daripada dua peratus kepada satu peratus, berkuat kuasa 16 Mei 2025.

Ekonomi Terus Berkembang Meskipun Wujud Ketidakpastian Mengenai Tarif - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Berikut adalah transkrip temu bual BERNAMA menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR). 

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus, Pertumbuhan Global Berterusan

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

Pasaran Kewangan Tempatan Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Ketidaktentuan Global - BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus menjadi pengantara dengan berkesan di sebalik ketidaktententuan global, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Meskipun Ketidaktentuan Global -- Moody's Ratings

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh dan mengatasi prestasi negara setaranya walaupun ketidaktentuan global yang semakin meningkat didorong oleh ketegangan perdagangan, kata Moody's Ratings.

Ahli Ekonomi Turunkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Kepada 4.5 Peratus, Yakin Daya Tahan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.

Perlindungan Perdagangan Jejas Perdagangan Global - ASEAN+3

KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Peningkatan langkah perlindungan perdagangan telah menjejaskan perdagangan global yang seterusnya membawa kepada pemecahan ekonomi.