Terdapat 42 berita berdasarkan kata kunci carian "ekovest"

Bursa Dibuka Hampir Mendatar Didorong Kebimbangan Berterusan Mengenai Tarif AS

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat selepas prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur berikutan pelabur berhati-hati terhadap impak daripada tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti pembelian saat-saat akhir ke atas saham wajaran tinggi terpilih yang digabungkan dengan prestasi pasaran serantau lebih kukuh sehingga meningkatkan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong RMK13, Penurunan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih tinggi berikutan pelabur menyambut baik pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas semua produk Malaysia yang masuk ke negara itu selain sentimen pasaran yang positif berikutan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pembelian Berterusan Dorong Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi positif pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pembelian berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih di samping pemangkin baharu yang menambah baik sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.

FBM KLCI Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia hampir tidak berubah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa berikutan penjualan berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih didahului kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan serta penurunan di pasaran serantau.

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada hari ini, disokong oleh minat belian sederhana susulan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang terbukti membantu meredakan kebimbangan berkaitan politik serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Sentimen Waspada Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, apabila para pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street.

Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Pada Saat Akhir

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian semasa harga rendah berkaitan saham pengguna pada saat-saat akhir mendorong Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, membolehkan pasaran memulihkan penyusutan pada dua sesi sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi awal dagangan Selasa berikutan aktiviti jualan sederhana, terutamanya bagi saham bermodal kecil walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.