Terdapat 640 berita berdasarkan kata kunci carian "alam sekitar"

SAMENTA: Pengecualian SST Tonjol Sokongan Kerajaan Ke Atas PKS

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) melihat pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas penyewaan pejabat oleh syarikat-syarikat baharu termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan hasil di bawah RM1.5 juta sebagai  sokongan kerajaan kepada PKS.

Sunway Beli Tanah Di Selangor, Pulau Pinang Bernilai RM180 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd membeli tiga bidang tanah di Selangor dan Pulau Pinang dengan nilai RM179.8 juta sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah semula simpanan tanah selain mengukuhkan perancangan projek masa depannya.

Gano Excel Miliki 100 Rumah Hijau, Mahu Kekal Konsisten Di Pasaran Global

JITRA, 4 Jan (Bernama) -- Operasi syarikat peneraju penyelidikan ganoderma, Gano Excel Industries Sdn Bhd kini merangkumi lebih 100 rumah hijau khas bagi memastikan pengeluaran berskala besar dan konsisten untuk pasaran global syarikatnya dapat dikekalkan.

MATRADE Pertingkat Usaha Global Bagi Pengeksport Malaysia, Sedia 203 Program Pada 2026

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meningkatkan usaha untuk menyokong pengembangan global pengeksport Malaysia menerusi pelan hala tuju 2026 yang merangkumi 203 program promosi perdagangan berimpak tinggi.

Cypark Tebus Sepenuhnya Sukuk Musharakah kekal Tranche 1 Bernilai RM235 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, Cypark Renewable Energy Sdn Bhd telah menyelesaikan penebusan awal dan penuh Sukuk Musharakah Kekal Tranche 1 berjumlah RM235 juta hari ini. 

Perluas Pelan Hala Tuju Tenaga Malaysia Perlukan Pelaburan Berterusan, Kerjasama Serantau -- TNB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi  ASEAN dan juga global.

Velesto Energy Lupus Velesto Workover Pada Harga RM16.5 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Velesto Energy Bhd, Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian penjualan saham untuk melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Velesto Workover Sdn Bhd (VWSB) pada harga RM16.5 juta tunai.

FMM Saran Daya Saing Kos Yang Lebih Baik Untuk Sokong Pertumbuhan Pembuatan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menyarankan agar kerajaan mengukuhkan daya saing kos Malaysia untuk menyokong pertumbuhan pembuatan ketika negara mula memasuki 2026.

Syarikat Sekutu Borneo Oil, Verde Resources Mohon Penyenaraian Di Nasdaq

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Verde Resources Inc, syarikat sekutu Borneo Oil Bhd  telah memohon untuk menyenaraikan saham biasanya di pasaran saham Nasdaq, bersempena dengan cadangan tawaran awam tajaan jamin di Amerika Syarikat (AS).

PKNS FMI Terbit Laporan Kemampanan, ESG Pertama papar Prestasi Dan Inisiatif 

Oleh Nadia Jumri

SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) -- PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) menerbitkan Laporan Kemampanan serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertama yang memaparkan prestasi serta inisiatif berkaitan kemampanan syarikat bagi tempoh 1 Jan, 2024 hingga 30 Mei, 2025.

Bank Islam Diiktiraf 2-Star Lister Senarai ESG Select 2025 Pertama UNGCMYB

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd berjaya meraih pengiktirafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus  atau ESG Select List 2025 oleh Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB).

PHB Pacu Penyertaan Bumiputera Dalam Hartanah Sebagai Pemangkin Pembinaan Negara

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Memperluaskan penyertaan bumiputera dalam hartanah komersial merupakan tunjang penting Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dalam agenda pembinaan negara, yang mana, PHB menjadi institusi utama untuk memacu penciptaan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.