BERITA TERKINI   30 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Karamunting, Sandakan - Bomba Sabah | 30 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, Kampung Karamunting, Sandakan - Bomba Sabah | 

Terdapat 1236 berita berdasarkan kata kunci carian "adb"

Weil Hotel Di Ipoh Diiktiraf Hotel ESG Bertauliah Pertama Di Malaysia

IPOH, 15 April (Bernama) -- WEIL Hotel diiktiraf secara rasmi oleh the Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori hotel pertama di Malaysia yang menerapkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bertauliah, sekali gus melakar pencapaian signifikan dalam landskap industri hospitaliti tanah air.

Bank Rakyat Perlu Teroka Peluang Baharu, Perkukuh Peranan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) perlu meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MISC Perkukuh Disiplin Kewangan Di Tengah-tengah Cabaran Geopolitik

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MISC Bhd tekad untuk memberi keutamaan kepada pengurusan hutang yang berdisiplin, perancangan tunai proaktif dan pengoptimuman kos pembiayaan tahun ini bagi mendepani cabaran geopolitik semasa.

Permintaan Kukuh Pelabur Pacu Langganan Penuh Nota Pelaburan Tenaga NECSA-I

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Neucu Capital Partners (M) Sdn Bhd (NCAP) berjaya memudahkan langganan penuh Nota Pelaburan Tenaga Boleh Baharu sulung, yang diterbitkan oleh NEC Suria Asset I Sdn Bhd (NECSA-I), sebuah syarikat tujuan khas (SPV) infrastruktur di bawah Nexgram Holdings Bhd.

Laporan MIGHT Papar Tenaga Nuklear Sebagai Kunci Keterjaminan Tenaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tenaga nuklear kini semakin berpotensi sebagai sumber tenaga yang stabil dan rendah karbon seterusnya melengkapkan tenaga boleh baharu serta mengukuhkan keterjaminan tenaga.

Taiwan Smart Solutions Connect 2026 Dijadual Berlangsung Pada 12 Mei

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Taiwan Smart Solutions Connect 2026, anjuran Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa Taiwan (TITA) dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) akan berlangsung pada 12 Mei, 2026.

Salihin Group Jalin Kerjasama Strategik Untuk Teroka Pasaran Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Salihin Group telah menjalin kerjasama dengan Danawa Resources Sdn Bhd, Rahman Rohaida Advocates and Solicitors dan Neurogine Sdn Bhd untuk menembusi pasaran Sarawak, pada masa sama menggunakannya sebagai batu loncatan untuk pengembangan serantau dan global yang lebih luas.

Hibiscus Petroleum Berada Dalam Kedudukan Baik Hadapi Konflik Asia Barat

KOTA BHARU, 13 April (Bernama) -- Kumpulan Hibiscus Petroleum Bhd (Hibiscus Petroleum) berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi ketegangan geopolitik global dan konflik berterusan di Asia Barat termasuk ketidaktentuan serta harga minyak yang tinggi. 

Syor ADB Mengenai Kemudahan US$30 Bilion Antara Hasil Mesyuarat AFMGM Ke-13 -- MOF

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-13 (AFMGM) menyambut baik cadangan Bank Pembangunan Asia (ADB) mengenai kemudahan bernilai US$30 bilion (RM141 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk menyokong pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan dan Visi Komuniti ASEAN 2045.

Bank Pembangunan Asia Unjur Ekonomi Malaysia Berkembang 4.6 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2026 dan 4.5 peratus pada 2027.

Kos Subsidi BUDI95 Melonjak, Semakan Kedudukan Kewangan Dilihat Wajar - Ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa sekiranya kos subsidi BUDI MADANI RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Rozali Ismail Lepas Jawatan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Rozali Ismail akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan bersara sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa 30 Jun 2026.