2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, pengeluar komponen automotif tradisional pada hari ini telah menggubah dirinya kepada syarikat yang lebih dipacu teknologi, mencerminkan peralihan yang lebih berfokus ke arah kenderaan pintar dan lebih terhubung.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) --TH Plantations Bhd (THP) dan Cenergi SEA Bhd (Cenergi) memulakan operasi Loji Jana Kuasa Biogas Cenergi Lawiang 1.2 megawatt (MW) yang merupakan satu perkembangan penting untuk memajukan penyelesaian sisa ke tenaga dalam sektor perladangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) membenarkan FGV Holdings Bhd (FGV) untuk mengeksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit ke negara itu, susulan pindaan ke atas Perintah Penahanan Pelepasan (WRO) yang berkuat kuasa mulai 15 Jan, 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Industri pembinaan dan subkontraktor Malaysia mesti berkembang melangkaui sempadan domestik dan secara aktif memanfaatkan peluang di rantau ASEAN yang lebih luas serta India untuk kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Ekonomi ASEAN-India (AIEC) Malaysia Datuk Ramesh Kodammal.
2bulan ago
KUALA PILAH, 14 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan dijangka mampu meningkatkan aliran masuk pelaburan sehingga mencecah RM8 bilion menerusi pelbagai sektor tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- MIMOS International Venture Sdn Bhd (MIVSB) menjalinkan kerjasama strategik dengan ALAA Consultancy (M) Sdn Bhd (ACSB) bagi memperluas teknologi mendalam Malaysia ke pasaran global.
2bulan ago
Daripada Nur Aiman Najwa Dzamae
JAKARTA, 8 Jan (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik Globaltec Formation Bhd, NuEnergy Gas Ltd, menjangkakan usaha sama dalam gas metana arang batu (CBM) di Indonesia akan menghasilkan pendapatan pertamanya kira-kira US$2 juta (US$1=RM4.05) tahun ini, didorong oleh pengeluaran gas awal daripada Pelan Pembangunan 1 Tanjung Enim (POD 1) di Sumatera Selatan.
2bulan ago
MELAKA, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan Melaka mahu memperkukuh kedudukannya sebagai hab maritim serantau apabila mengadakan lawatan rasmi ke Desan Shipyard, Istanbul untuk memuktamadkan kerjasama strategik projek Enrique of Malacca Shipyard, sebuah limbungan kapal moden bernilai RM1.8 bilion.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) -- Industri penganjuran acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1 bilion pada tahun lepas.
3bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion.
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.