Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.