18hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis apabila perubahan sentimen pasaran mengurangkan keperluan pelabur untuk mengekalkan pegangan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai geopolitik.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya tiga insiden besar menjejaskan industri minyak dan gas, membangkitkan kebimbangan kemungkinan krisis tenaga global sekiranya konflik di Timur Tengah terus berlanjutan.
21hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin seiring dengan kenaikan niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS) memandangkan konflik di Timur Tengah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat walaupun dolar AS mengukuh.
21hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah pada Isnin berikutan sentimen risiko yang merosot ketara disebabkan peningkatan semula konflik Timur Tengah sekali gus mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti di peringkat serantau.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Syarikat minyak negara Teluk dijangka tidak mengisytiharkan ‘force majeure’ awal dalam persekitaran risiko geopolitik yang meningkat di Timur Tengah susulan laporan gangguan pergerakan kapal di Selat Hormuz, kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Serangan berterusan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah mendorong pelabur beralih kepada aset selamat, sekali gus meningkatkan harga emas global ke paras US$5,500 satu auns, kata seorang penganalisis.
23hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia susulan ketegangan terkini Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan banyak bergantung sama ada berlaku gangguan fizikal ke atas penghantaran minyak mentah melalui Selat Hormuz, kata penganalisis.
27hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu berikutan ketidakpastian yang berlarutan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan ketidaktentuan yang semakin meningkat berhubung rejim tarif baharu Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan keuntungan yang dicatatkan dalam niaga hadapan emas Comex AS apabila pelabur terus beralih kepada aset selamat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York Amerika Syarikat (Comex AS) berikutan permintaan berterusan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai daripada risiko geopolitik dan kewangan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas Malaysia berada di landasan untuk melepasi RM700 segram pada masa hadapan berikutan pengukuhan ringgit dan dolar US yang semakin melemah, menurut seorang penganalisis.