3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka memeterai perjanjian kerjasama hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan pada 19 Jun ini dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan tenaga negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas didagangkan dalam julat yang kecil, disokong oleh belian terpilih yang mengimbangi aktiviti pengambilan untung.
3hari ago
KUALA LUMPUR, Jun 11 (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia terus menunjukkan daya tahan dan kekal menarik minat yang tinggi meskipun berdepan cabaran rantaian bekalan dan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk melancarkan adunan biodiesel B15 merupakan satu langkah strategik memandangkan bahan mentah yang lebih murah mampu melemahkan paras inflasi domestik dan mengurangkan kos fiskal, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kos baja yang semakin meningkat dan ketidaktentuan rantaian bekalan mendorong penanam dan pemilik ladang di Malaysia melaksanakan pendekatan yang lebih berorientasikan kecekapan terhadap pemakanan tanaman, sekali gus mengalihkan tumpuan industri daripada jumlah baja kepada keberkesanan nutrien.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi pada separuh kedua 2026, disokong kemungkinan fenomena El Nino yang kuat serta peningkatan harga minyak soya dan biji sesawi susulan lonjakan permintaan terhadap biobahan api, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan aliran penurunan di pasaran serantau utama berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 memberikan limpahan manfaat kepada Malaysia terutama dalam sektor perdagangan digital, penggunaan media, pembayaran, logistik dan perniagaan rentas sempadan, kata ahli perbankan terkemuka.
3hari ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun hari ini bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan tenaga dan tenaga nuklear awam ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan daya tahan menghadapi gangguan bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik yang semakin memuncak.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri takaful Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.73 peratus sekali gus membawa jumlah sumbangan kasar kepada RM16.38 bilion, menurut Persatuan Takaful Malaysia.
4hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi beberapa pasaran serantau apabila penurunan semula saham teknologi global dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat mendorong pelabur beralih kepada pasaran yang lebih defensif serta berorientasikan domestik.