19jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Proton memperluas strategi elektrifikasinya dengan menceburi segmen kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), meletakkan Proton e.MAS 7 PHEV baharu sebagai tawaran utama untuk meluaskan pasaran melangkaui kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Southern Cable Group Bhd memperoleh pesanan tambahan bernilai RM121.1 juta di bawah kontrak sedia ada dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembekalan kabel bawah tanah dan konduktor.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd (IOIPG), Fortune Growers Sdn Bhd menjual 50 hektar tanah perindustrian di Banting, Selangor kepada Bridge Data Centres Malaysia VIII Sdn Bhd (BDC) pada harga RM740.68 juta.
20jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu menjejaki kenaikan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex), didorong pembelian semasa harga rendah selepas jualan ketara minggu lepas.
20jam ago
MELAKA, 4 Feb (Bernama) -- Melaka bakal menerima pelaburan lebih RM9 bilion bagi membangunkan pusat data berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama di negeri itu.
20jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu tetapi kekal stabil, disokong oleh petunjuk perniagaan yang lebih baik di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan eletrik (EV) yang diimport sepenuhnya ke Malaysia bagi memastikan hanya model berkualiti memasuki pasaran tempatan, sekali gus melindungi ekosistem automotif negara.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 menurun kepada RM112.19 juta daripada RM169.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kementerian Digital memberi tumpuan kepada enam bidang berimpak tinggi bagi mempercepatkan transformasi digital serta memacu agenda digital negara pada separuh pertama tahun ini.
22jam ago
MELAKA, 4 Feb (Bernama) -- Melaka bakal menerima pelaburan lebih RM9 bilion bagi membangunkan pusat data berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama di negeri itu.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus meneroka peluang pasaran dan perdagangan baharu secara agresif dengan kalangan negara berpotensi di samping mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.